Tidur disiang hari sebentar membantu menyegarkan fikiran anda dan menjadikan otak anda menjadi kreatif dan produktif. Tempoh tidur disiang hari tidak terlalu lama hanya sekitar 10-20 minit sahaja. Ia juga merupakan sunnah Rasulullah S.A.W yang patut kita ikuti.
Terdapat beberapa manfaat apabila anda tidur disiang hari, iaitu:
1. Membantu menguatkan minda apabila anda mempelajari sesuatu yang baru.

2. Meningkatkan ingatan otak dengan perkara yang anda ketahui.

3. Membantu anda bekerja dengan lebih konsisten.

4. Sekiranya terdapat perkara yang menyedihkan anda, sebaiknya berehat sebentar di siang hari kerana ia dapat menyegarkan mood anda dengan lebih baik.

Oleh itu, kepentingan tidur disiang hari membantu kita dari segi mental dan emosi.

