Pejam celik kita bakal bertemu dengan bulan Ramadan. Rutin harian pasti sedikit berubah mengikut masa puasa.
Ini antara amalan yang perlu dijaga semasa puasa supaya rutin kebiasaan tidak terjejas.
1. Tidak meninggalkan waktu bersahur
Sahur sangat penting. Jnagan biasakan untuk melengahkan waktu bersahur atau tidak bangun sahur kerana badan sangat memerlukan tenaga pada waktu siang. Sahur dapat mengurangkan rasa lapar, dahaga, dan kekal bertenaga disiang hari.
2. Minum air secukupnya
Keperluan air semasa puasa sama seperti hari-hari yang lain iaitu sekurangnya 8 cawan air. Semasa puasa, boleh amalkan minum 2 gelas air semasa bersahur dan berbuka, dan 4 gelas di waktu malam
3. Tidur dengan cukup
Elakkan berjaga sehingga lewat malam semasa puasa, dan pastikan dapat rehat yang secukupnya. Dapatkan rehat secukupnya antara 6 hingga 7 jam sehari agar tubuh badan tidak lesu dan lemah sewaktu berpuasa di waktu siang.

