fbpx

HUKUM TIDUR MENIARAP MENURUT ISLAM

Menurut pandangan Islam, hukum tidur posisi meniarap adalah makruh kerana menyerupai posisi tidur ahli penghuni neraka.

Berdasarkan penjelasan laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat hadis dari Nabi SAW tentang larangan tidur meniarap. Sepertimana riwayat dari Ya’ish daripada ayahnya, Tikhfah bin Qaysi al-Ghifari RA ketika beliau sedang tidur di dalam masjid dalam keadaan meniarap, lalu ada seseorang yang menggerakkanku (membangunkanku) dengan mengunakan kaki lalu berkata:

إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ. قَالَ فَنَظَرْتُ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai Allah. Kemudian Tikhfah RA berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW.

Riwayat Abu Daud (5040) & al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad (1187) 

 

Dalam hadis dengan lafaz yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda: 

 

قُمْ وَاقْعُدْ فَإِنَّهَا نَوْمَةٌ جَهَنَّمِيَّةٌ 

 

Maksudnya: Bangun dan duduk, sesungguhnya ini adalah cara tidurnya penghuni neraka.

Riwayat Ibn Majah (3725) 

 

Hukum tidur meniarap 

 

Disini jelas bahawa terdapat larangan tidak tidur secara meniarap. Berdasarkan kitab-kitab fiqh mazhab al-Syafie, tidur yang tidak sengaja dalam keadaan begini adalah makruh. Sepertimana yang disebut oleh al-Iman al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Majmu: 

 

وَيُكْرَهُ الِاضْطِجَاعُ عَلَى بَطْنِهِ 

 

Maksudnya: dan dimakruhkan untuk tidur di atas perut (secara meniarap).

Al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah juga menyatakan bahawa sunat untuk mengejutkan mereka yang tidur dalam keadaan meniarap.

Menurut kajian moden, terdapat beberapa kesan buruk dan baik dari segi kesihatan apabila tidur meniarap.

Kebaikan tidur meniarap 

  • masalah berdengkur akan berkurangan

Keburukan tidur meniarap 

  • badan kehilangan keseimbangan badan 
  • sakit belakang 
  • tekanan sakit sendi, sakit otot dan kebas. 
  • elakkan bayi anda tidur dengan posisi meniarap kerana ia berisiko menghalang saluran pernafasan hidung dan mulut dari bernafas serta boleh membawa maut.

Kesimpulannya, elakkan tidur dengan posisi meniarap kerana berdasarkan pendapat Ulama’ Syafi’eyyah ianya adalah bersifat makruh. Sebaiknya, jangan lakukan tidur sebegitu. Justeru, tidurlah mengikut cara Nabi SAW:

Kata Imam Ibnul Qoyyim: 

 

“Adalah Nabi tidur dengan berbaring ke kanan (mengiring) dan beliau meletakkan tangannya yang kanan dibawah pipinya yang kanan“

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA​

Jom Kenali Flenaz Synergy