SOALAN :
Bantal Leyna ini tahan lama tak?
JAWAPAN :
Sejujurnya soalan ini terlalu subjektif. Kadar peratusan bantal LEYNA untuk kempis bergantung kepada beberapa perkara tersebut. Sukar kami nak confirmkan kempis bantal LEYNA kempes berapa banyak dan bila.
Sebab ianya bergantung kepada :
- Cara Penggunaan
Ada orang guna suka lipat dua. Ada orang suka guna letak tangan kat bawah bantal. Ada orang hanya letak kepala sahaja dan tak buat peluk. Perbezaan penggunaan boleh buat peratusan untuk kempis itu berbeza jugak.
- Cara Penjagaan
Macam muka, bantal juga perlu apply cara penjagaan yang baik. Dengan apply cara penjagaan supaya isian bantal boleh tersusun semula dengan baik, dan kekotoran di bantal pun keluar.
- Basuh dan Keringkan Bantal Dengan Baik
Ini antara penjagaan bantal yang terbaik. Isian bantal LEYNA menggunakan high quality poliester. Jadi kalau kerap basuh dan keringkan mampu menggebukan bantal semula. Perubahan suhu effect kepada kegebuan bantal. Lagipun bantal jadi lebih bersih dan kehidupan kita pun sihat kan.
Setiap bantal yang dibeli sama ada jenama lain atau bantal LEYNA memang ada kadar peratusan untuk kempis. Kami tidak berhak overclaim bantal kami tidak kempis langsung. Namun kami berusaha untuk sebarkan dan beri panduan berkenaan cara penjagaan bantal supaya ianya tidak kempis dengan cepat.