Tidur sangat penting kepada manusia kerana ia memberi kerehatan kepada tubuh dan minda setelah seharian melakukan aktiviti.
Namun, pemakanan yang sihat dan berkhasiat dapat memantapkan lagi kualiti tidur untuk tidur lebih lena.
Terdapat beberapa makanan yang boleh menjejaskan corak tidur seseorang contohnya:
✅ Makan makanan yang berat dan berlemak sebelum tidur boleh menyebabkan gangguan tidur kerana perut cuba untuk mencerna makanan
✅ Minuman yang mengandungi kafein yang boleh menganggu tidur
Sebaiknya, makan makanan yang mengandungi bahan yang meningkatkan kualiti tidur anda seperti ayam, kacang atau susu suam, boleh membantu menggalakkan tidur kerana tryptophan membantu badan menghasilkan serotonin yang mendorong tidur.
Oleh itu, pastikan anda memberi perhatian kepada saiz bahagian dan masa untuk makan sebelum tidur.

