KETAHUI 4 KESAN KOTOR DI BANTAL YANG ANDA TIDAK KETAHUI

Tahukah anda bahawa bantal merupakan bantal yang paling kotor yang kita tidak ambil berat tentang kebersihannya. Oleh itu, sangat penting untuk anda memilih bantal yang boleh dibasuh agar bersih dari pembiakan kuman.

Terdapat beberapa kesan kotor sekiranya anda tidak membersihkan bantal anda dengan segera, iaitu:

1. Hama habuk

  • Hama habuk adalah haiwan yang sangat kecil yang suka berada di bantal kotor. Bantal yang lembap, gelap dan hangat menjadi perhatian tungau habuk berada di situ. Walaupun binatang ini tidak mengigit tetapi najis dia boleh menjadi alergik bagi mereka yang tidak tahan dengannya. Ia boleh menyebabkan mata gatal, hidung tersumbat dan bersin.

2. Cendawan

  • Kulat cendawan ini tidak dapat di lihat oleh mata dan ada di antaranya tidak merbahaya. Namun, ada sejenis kulat yang bahaya sekiranya terdapat di bantal anda iaitu aspergillus fumigatus. Ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami asma dan memburukkan lagi keadaan.

3. Sel kulit mati

  • Ketika baring, terdapat sel kulit mati yang melekat di bantal. Sekaligus boleh menyebabkan bantal menjadi kotor dan muka anda mengalami jerawat.

4. Bulu binatang

  • Banyak di kalangan kita yang memelihara haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Ada diantara haiwan peliharaan yang tidur bersama dengan tuannya. Tanpa kita sedari, bulu haiwan tersebut melekat di bantal dan sekeliling bilik tidur anda. Sekiranya anda tidak mengambil berat tentang masalah ini ia boleh mencetuskan penyakit pernafasan dan memburukkan lagi keadaan.

Oleh itu, pastikan anda basuh bantal anda dengan kerap atau tukar bantal setiap lima tahun. Ia dapat mengelak dari pembiakan kuman seperti di atas. Selain itu, pemilihan bantal yang berkualiti dan mementingkan kebersihan menjadi pilihan pengguna pada masa kini.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *