KETAHUI CARA DAN PUNCA AIR LIUR MELELEH

Tidur adalah istirehat yang diperlukan dalam kehidupan. Apabila seharian melakukan pelbagai aktiviti, badan akan terasa letih dan kita akan merasa mengantuk.

Pernahkah anda mengalami air liur meleleh semasa tidur sehingga bantal anda basah?

Baik mengaku. Kalau kita boleh mengalaminya, inikan pula bayi. Untuk pengetahuan anda, bayi pun mengalami air liur meleleh semasa tidur tetapi mereka dikategori khas sebab mereka masih belum pandai mengawal atas mulut atau otot menelan.

Tahukah anda apakah faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu mengalami air liur meleleh semasa tidur? Jom kita ketahui.

✓Air liur meleleh (drooling)

  • Tidur dalam keadaan air liur meleleh tanpa kita sedari dipanggil drooling. Drooling terjadi akibat otot yang lemah atau sekitar mulut yang kurang mengembang.
  • Di dalam mulut kita terdapat kelenjar yang disebut sebagai “salivary glands” yang berfungsi untuk menghasilkan air liur. 
  • Dalam sehari, air liur dihasilkan sebanyak 2-4 liter air liur. Jika air liur terhasil dengan banyak, maka drooling akan berlaku.

Drooling yang berlaku semasa tidur adalah perkara yang normal.

Antara punca-punca drooling terjadi ialah:

  1. Tidur dengan mulut ternganga

  • Otot badan akan mengendur semasa anda tidur. Hal ini boleh menyebabkan mulut kita ternganga. Maka, ubah posisi tidur anda dengan betul untuk mengelakkan air liur meleleh.
  1. Hidung tersumbat

  • Semasa tidur kita bernafas melalui hidung tetapi apabila hidung tersumbat, kita cenderung untuk bernafas melalui mulut. Ini yang menyebabkan mulut kita ternganga dan air liur membasahi bantal anda.
  1. Air liur berlebihan

  • Air liur berlebihan mungkin disebabkan faktor penggunaan ubat atau jenis ubat.
  • Jika dibiarkan air liur meleleh, ia memberi kesan kesukaran untuk menelan disebabkan kecederaan otak, strok dan Parkinson.
  1. Strep throat (pharyngitis) Dan tonsillitis

  • Strep throat terjadi akibat jangkitan kuman dibahagian tekak anda. Apabila anda mengalami sakit tekak ia menyebabkan kesukaran untuk menelan air liur.
  • Antara simptom sakit tekak ialah tompok merah di kerongkong, kelenjar bengkak dan demam. Malah, tonsil boleh menyebabkan anda mengalami masalah keradangan. 
  • Jadi air liur akan keluar dengan banyak melalui mulut dan menyebabkan bantal anda dipenuhi air liur basi.

Justeru, jangan biarkan air liur anda semakin meleleh. Cuba anda selesakan diri dengan cara atau posisi tidur yang betul seperti tidur telentang agar air liur anda tidak membasahi bantal anda. Bantal yang dipenuhi dengan air liur basi perlu dibasuh atau ditukar agar tiada jangkitan kuman. Pastikan kebersihan bantal anda dijaga.

Selain itu, cuba bernafas melalui hidung dengan menggunakan Vicks Vaporub atau tiger balm. Ia memberi keselesaan kepada hidung anda agar tidak tersumbat.

Sekirannya masalah ini masih berlarutan dan mengganggu tidur anda, dapatkan khidmat nasihat dari doktor dengan lebih lanjut.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *