fbpx

SARUNG BANTAL DAPAT BUAT KULIT GLOWING?

Satu kajian dari UK mendapati hanya 35% daripada orang dewasa menukar cadar, sarung bantal dan selimut mereka setiap dua minggu.

10% pula mengaku tidak peduli untuk melakukannya lebih dari sekali sebulan. 

Mahu kulit muka mulus, cantik, sihat dan bersih?

Tukar sarung bantal, cadar dan selimut setiap minggu. 

Ya! Setiap minggu.
 
Tempat tidur terutamanya sarung bantal dan cadar menjadi tempat pembentukan kuman dan bakteria. Semakin lama digunakan dan tidak dibasuh, jumlahnya akan meningkat saban hari

KENAPA PERLU TUKAR SARUNG BANTAL, CADAR DAN SELIMUT SETIAP MINGGU?

  1. Tubuh manusia menanggalkan kira-kira sejuta sel kulit mati setiap hari.
  • Kebanyakkan sel kulit mati tertanggal ketika tidur. Sel kulit mati adalah makanan yang lazat untuk hama.
  1.  Minyak / sebum secara semulajadi dikumuhkan dari kulit badan semasa tidur.
  • Pastinya ianya melekat pada sarung bantal, cadar dan selimut. Jika dibiarkan akan memberi kesan lain di masa hadapan.
  1.  Kulit juga mengeluarkan peluh pada waktu malam.
  • Jadi sudah tentu saja peluh juga akan melekat pada ada sarung bantal, cadar dan selimut.
  1.  Rambut mengumpulkan habuk dan minyak dengan mudah dan kekotoran ini juga mudah melekat pada bantal.
  • Bayangkan bantal ini yang  kerap berada paling hampir dengan wajah.
  1.  Air liur, darah, air kencing, najis dan cecair badan dari persetubuhan boleh juga melekat pada sarung bantal, cadar dan selimut.
  • Kotoran inilah antara penyebab tempat tidur kotor
  1.  Jika pernah makan di atas katil, dengan mudahnya akan ada serbuk dan zarah makanan lain yang menjadi hidangan“menjemput” kedatangan pepijat.
  • Bukan hanya memberi kesan kemerahan pada kulit ianya juga akan memberi kesan besar perubahan fizikal.

Rajinkan untuk sentiasa memastikan tempat tidur kita kemas dan bersih.  Jangan biarkan segala kekotoran tidur bersama kita dan singgah di wajah untuk buatkan kulit sihat dan glowing.

Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, berminyak dan kombinasi, tukar alas tempat tidur  secara mingguan ini amat membantu memulihkan kulit.

Sekiranya kulit normal dan tidak punya masalah, menukar alas tempat tidur secara mingguan ini adalah boleh diamalkan kerana kebersihan itu kecantikan.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Jom Kenali Flenaz Synergy