Tidur yang lena dapat memberi tenaga kepada kita apabila bangun dari tidur keesokkan paginya.
Tahukah anda, pemakanan memainkan peranan yang penting untuk memberi tidur yang berkualiti.
Terdapat beberapa makanan yang dapat membantu masalah tidur seperti makanan yang mengandungi magnesium, protein selain karbohidrat khusus untuk mereka yang mempunyai masalah sukar untuk tidur.
Selain itu, makanan yang mengandungi tryptophan sangat digalakkan seperti telur, pisang, susu, kuaci bunga matahari dan coklat gelap (dark chocolate).
Untuk telur, ianya sesuai direbus untuk dimakan diwaktu malam. Ini kerana telur rebus mengandungi protein dan mampu menyeimbangkan gula dalam darah serta membuat tidur anda lebih lena.
Pisang mengandungi magnesium dan potasium yang dapat meningkatkan melatonin iaitu hormon tidur.
Buah ceri sangat sesuai dimakan oleh mereka yang mempunyai masalah tidur kerana buah ini mengandungi kandungan melatonin yang banyak dan membuat tidur anda lebih lena.
Jadi, mereka yang menghadapi masalah susah nak tidur boleh mengamalkan pemakanan ini.