Anda tak dapat tidur lena disebabkan bayi anda asyik kerap berjaga dan menangis.
Penat asyik menghadapi masalah yang sama? Apakah cara untuk mengatasi bayi anda untuk mendapat tidur lebih lena?
Terdapat beberapa tips yang anda boleh lakukan iaitu:
✅ Pastikan persekitaran bilik tidur tenang dan selesa
✅ Pastikan jadual tidur bayi anda adalah sama
✅ Buat ritual sebelum tidur seperti membaca buku, berzikir dan mengurut bayi dengan lembut
✅ Pastikan bayi anda aktif dengan melakukan aktiviti seperti bermain, bergerak dan berinteraksi
✅ Menyusu atau memberi susu sebelum tidur
✅ Tenangkan bayi anda sekiranya mereka bangun pada waktu malam
✅ Elakkan terlalu banyak ransangan sebelum tidur seperti mainan yang bising atau gadjet
✅ Dapatkan bantal yang selesa untuk bayi agar tidur nya menjadi lebih lena
Namun, setiap bayi adalah berbeza dan mungkin ada diantara bayi yang mungkin mudah tertidur berbanding yang lain. Jadi, berjumpa dengan doktor pakar sekiranya ianya berlarutan.