Pengalaman sakit bersalin merupakan satu nikmat yang tak akan dilupakan mana-mana wanita yang melahirkan anak. Wanita yang bersalin melalui pembedahan memerlukan tempoh yang lama untuk sembuh. Untuk mendapatkan rehat yang cukup, posisi tidur amat penting untuk mengelakkan kesakitan dan tidur yang lena.
Terdapat 3 posisi tidur yang perlu diketahui selepas bersalin secara pembedahan
Walaupun agak sukar untuk ibu-ibu yang bersalin pembedahan untuk mendapat tidur yang selesa tetapi inilah 3 cara yang membantu mereka.
- Baring secara terlentang
- Posisi tidur secara terlentang adalah posisi tidur yang selamat dan selesa. Walaupun ibu-ibu masih dalam keadaan sakit mereka memerlukan tidur yang cukup.
- Tidur sambil duduk
- Sakit pembedahan masih belum sembuh. Ada yang susah untuk mendapatkan posisi tidur yang baik. Untuk itu, cuba dapatkan tidur secara duduk dengan perlahan-lahan agar penat anda hilang sebentar. Selesakan diri. Jika bahagian pembedahan sakit, ubah posisi lain.
- Beralaskan bantal
- Bantal membantu anda mendapat tidur yang selesa. Letakkan bantal di bahagian belakang badan, punggung dan siku untuk memudahkan tidur anda.
- Pilih jenis bantal yang mudah untuk diletak di badan anda
- Pastikan bantal kepala lebih tinggi dari kedudukan badan anda
- Pastikan anda menggunakan bantal yang berkualiti agar ia dapat support badan anda.
Justeru, ibu-ibu yang melahirkan anak secara pembedahan mesti positif dan kuat untuk menempuh liku-liku ini. Pastikan ibu-ibu mendapat posisi tidur yang selesa dan posisi yang mudah untuk menyusukan bayi anda. Banyakkan berehat.

