Terdapat dikalangan kita apabila bangun dari tidur yang mengadu sakit leher atau sakit tengkuk yang digelar sebagai ‘salah tidur’.
Ianya sangat sakit atau tidak selesa apabila ada ingin memusing kepala. Apakah sebab sebenarnya yang menyebabkan anda sakit leher ketika bangun dari tidur?
Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ia berlaku iaitu:
1. KEDUDUKAN TIDUR
- Setiap orang memerlukan tidur untuk berehat. Ada yang suka tidur terlentang, meniarap dan mengiring. Namun, jika anda seorang yang suka tidur meniarap, ia sangat mudah sakit di bahagian leher disebabkan terlalu lama tidur secara meniarap.
2. BANTAL YANG DIGUNAKAN
- Bantal yang digunakan mungkin tidak sesuai dengan anda sama ada terlalu tinggi atau rendah. Oleh itu, pilih bantal yang boleh menyokong leher anda.
3. PERGERAKAN MENGEJUT
- Pergerakan mengejut adalah pergerakan posisi tidur secara tiba-tiba menyebabkan leher anda sakit akibat otot leher ditarik.
Oleh itu, pastikan anda memilih posisi tidur yang selesa serta menggunakan bantal yang berkualiti untuk memberi keselesaan di otot leher dan bahagian belakang anda.

