Tidur dapat merehatkan badan dan minda setelah penat bekerja. Ianya dapat meningkatkan tenaga apabila bangun dari tidur. Namun, ada yang tidur secara berlebihan sehingga menjejaskan kesihatan anda.
Oleh itu, terdapat beberapa kesan sekiranya anda tidur secara berlebihan iaitu 9 jam sehari.
1. Sakit kepala

- Apabila seseorang itu tidak mendapat tidur yang cukup atau terlebih tidur, ia akan menyebabkan mereka merasa letih, lesu dan sakit kepala. Ini adalah kesan akibat jumlah neurotransmitter yang tidak seimbang di dalam otak.
2. Berat badan naik

- Kenaikan berat badan selalu berpihak kepada kaum wanita. Dan wanita tertanya-tanya, kenapa mereka lebih mudah naik berat badan. Ianya berlaku akibat kesan tidur secara berlebihan dan sekaligus menyebabkan kalori anda naik.
3. Tertekan

- Tidur yang lama bukan membuatkan rasa tertekan anda hilang. Malah, akan memburukkan lagi keadaan. Oleh itu, sebaiknya lakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, hiking, jogging dan lain-lain lagi.
4. Mudah lupa

- Tabiat tidur secara berlebihan akan membuatkan anda cepat lupa. Ini kerana ianya berkait dengan otak sekaligus menganggu ingatan anda.
Oleh itu, pastikan anda menjadualkan balik corak tidur dan tidur pada waktu yang ditetapkan.

