Kekurangan tidur dan tidak mendapat tidur yang lena sering di hadapi oleh ramai orang. Ianya dapat menjejaskan kesihatan dan kecergasan anda. Jika tidak diambil berat akan memudaratkan diri anda.
Oleh itu, apakah cara untuk mengatasi masalah tidur? Untuk memudahkannya, terdapat 5 makanan yang dapat membantu anda untuk mendapatkan tidur yang nyenyak iaitu:
1. Kiwi
- Buah kiwi mengandungi vitamin C yang dapat membantu tidur lebih cepat dan meningkatkan kualiti tidur anda.
2. Badam
- Kekacang seperti badam mempunyai kandungan melatonin yang tinggi. Ianya sangat sesuai dimakan dengan kadar sebanyak 33 gram kerana berpontensi dapat membuat anda cepat tidur.
3. Ikan berlemak
- Kandungan omega 3 yang terdapat dalam ikan berlemak dapat membantu anda cepat tidur seperti ikan tuna, sardin dan salmon.
4. Chamomile
- Teh chamomile adalah sejenis teh herba yang dapat menenangkan diri anda serta membantu mengatasi masalah tidur.
5. Pisang
- Pisang sangat berkhasiat kerana kandungan gula yang tinggi dan mengandungi magnesium, potassium serta vitamin B6. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan masalah kemurungan dan membuatkan anda cepat mengantuk.
Sekiranya anda mempunyai masalah tidur, anda boleh mengamalkan tips ini. Selamat mencuba.

