Setelah seharian penat bekerja, badan dan otak memerlukan rehat secukupnya. Namun, terdapat segelintir orang yang mengalami masalah gangguan tidur sehingga menyebabkan badan tidak mendapat rehat yang cukup.
Berikut merupakan beberapa tanda yang menunjukkan badan anda terlalu penat atau kehabisan tenaga.
1. Kaki kejang
Masalah kaki kejang boleh berlaku sebelum anda masuk tidur. Untuk mengatasinya, apa kata anda amalkan makanan yang mengandungi magnesium dan potassium seperti bayam dan pisang.
2. Makanan manis
Makan makanan manis adalah salah satu tanda yang menunjukkan anda cepat letih dan stres. Ini adalah disebabkan badan kekurangan glukosa. Jika diamalkan dengan kerap bimbang akan menyebabkan kegemukan dan diabetes.
3. Ais
Makan ais juga boleh menyebabkan tubuh mengalami anemia dan kekurangan zat besi. Jadi, untuk mengatasinya, amalkan makanan seperti daging, telur dan sayuran hijau tua.
4. Gusi berdarah
Anda pernah mengalami gusi berdarah ketika menggosok gigi? Sekiranya ya, anda mungkin kekurangan vitamin C. Untuk mencegahnya, apa kata anda amalkan pemakanan seperti bayam, tomato, brokoli dan buah oren.
Oleh itu, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan anda mendapat kualiti tidur yang baik.

