Apakah rutin yang anda lakukan selepas bangun tidur? Adakah anda terus mandi dan bersiap pergi ke tempat kerja? Atau anda terus mengambil telefon bimbit?
Sebenarnya apabila seseorang itu bangun dari tidur dan terus memegang telefon, ianya adalah sesuatu tabiat yang sangat buruk.
Oleh kerana itu terdapat 4 perkara yang perlu anda elakkan selepas bangun dari tidur.
1. Elakkan dari telefon bimbit
Bangun pagi dan terus melihat telefon akan memberi kesan buruk kepada mata dan tubuh anda. Apabila mata tertumpu di telefon, ia akan merosakkan mata disebabkan cahaya dari telefon.
2. Elakkan dari terus berdiri selepas bangun
Seeloknya selepas anda bangun tidur, lakukan senaman regangan badan sebentar. Ini kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih segar dan bertenaga apabila bangun tidur.
3. Elakkan minum kopi selepas bangun tidur
Elakkan minum kopi selepas bangun tidur. Sebaiknya minum susu panas atau teh untuk menyegarkan badan kita.
4. Elakkan dari tekan butang snooze
Ramai diantara kita apabila alarm berbunyi, mereka akan menutupnya dan tidur semula. Ini akan menyebabkan badan anda keletihan apabila bangun. Sebaiknya, bangun dan duduk. Lakukan senaman regangan badan sebentar.
Jadi, pastikan anda tidak melakukan 4 perkara seperti diatas. Sebaiknya, elakkanlah.
