Anda kerap kali mengalami hidung tersumbat ketika tidur? Rasanya yang sangat tidak selesa membuatkan tidur anda tidak lena. Jadi bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah hidung tersumbat ketika tidur?
1. Banyak minum air kosong
- Pastikan anda minum air kosong dengan banyak setiap masa. Apabila badan anda mendapat air yang cukup, ia membantu mencairkan lendir di dalam hidung yang tersumbat. Malah, tidur anda akan menjadi lebih lena tanpa sesak nafas.
2. Gunakan humidifier
- Gunakan humidifier di dalam bilik tidur kerana ia boleh melembapkan udara di dalam bilik tidur dan tidur anda akan menjadi lebih lena.
3. Bilik tidur yang selesa dan bersih
- Pastikan bilik tidur anda tidak dipenuhi dengan habuk. Ini kerana ia boleh menyebabkan hidung anda tersumbat. Oleh itu, pastikan persekitaran bilik tidur anda selesa dan bersih dari sebarang habuk dan bakteria.
4. Makan bawang putih
- Salah satu cara untuk mengurangkan masalah hidung tersumbat ialah dengan memakan bawang putih. Bawang putih boleh bertindak sebagai anti-kulat dan anti-bakteria.
5. Tinggikan bantal ketika tidur
- Ketika tidur anda perlu tinggikan bantal kepala kerana ia membantu melancarkan lendir yang tersumbat di dalam hidung.
Akhir sekali, untuk memastikan tidur anda menjadi lebih lena, pastikan anda memilih bantal yang bersih dan sesuai dengan diri anda serta bilik tidur yang selesa dan di jauhi dengan kuman dan bakteria.
