Anda suka membaca buku? Yaa, membaca itu sesuatu amalan yang mulia. Banyak manfaat dan ilmu pengetahuan apabila anda menghabiskan masa dengan membaca. Ia termasuk cara anda berfikir, berimaginasi dan kebolehan menulis.
Namun, posisi yang bagaimanakah anda membaca buku?
Jika anda suka menghabiskan waktu membaca dengan duduk, ia adalah sesuatu yang normal dan sesuai dengan posisinya. Namun, jika anda suka membaca buku secara baring, ia tidak bagus dan membawa kesan yang tidak baik kepada diri anda.
Apakah keburukan atau kesan yang tidak baik kepada diri anda:
1. Cepat mengantuk

- Membaca buku secara baring boleh menyebabkan anda cepat mengantuk. Ini kerana apabila anda baring, anda akan sering menguap dan seterusnya menyebabkan mata letih dan tertidur.
2. Pening kepala

- Membaca sambil berbaring boleh menyebabkan rasa pening kepala? Ya, ini kerana semasa anda membaca sambil baring, sepertinya urat saraf mata bersambung dengan urat saraf otak dan sekaligus menyebabkan anda pening kepala selepas membaca buku sambil berbaring.
3. Rasa loya dan muntah

- Kesan dari pening kepala boleh menyebabkan anda rasa loya dan rasa nak muntah? Ya..
Mengapa??
Ini kerana peningkatan asid perut akibat terlalu lama baring ketika membaca buku.
4. Daya pemikiran menjadi lambat

- Bahayanya, apabila anda menjadikan ia satu tabiat, ia boleh melemahkan daya pemikiran anda secara perlahan-lahan.
5. Sakit kepala yang berpanjangan

- Sekiranya anda membaca sambil baring, ia boleh menyebabkan anda cepat letih dan sakit kepala yang berpanjangan. Sebaiknya, elakkan.
6. Menjadi satu tabiat

- Apabila anda sering mengamalkannya secara berterusan, ia akan menjadi satu tabiat yang sukar diubah.
Oleh itu, jangan amalkan gaya membaca secara baring. Pastikan anda membaca dalam posisi yang betul, tenang dan tidak membahayakan kesihatan.