Di manakah tempat favourite tidur anda? Adakah di tilam atau di sofa? Jika anda merupakan seorang yang suka memilih keselesaan, mungkin anda lebih suka tidur di tilam. Namun, jika anda seorang yang suka tidur di sofa, ia adalah sesuatu yang tidak bagus.
Ini kerana tidur di sofa mempunyai kesan buruknya. Terdapat beberapa kesan buruk yang mungkin ada terlepas pandang jika anda masih mengulanginya lagi:
1. Tidur yang tidak berkualiti

- Tidur di sofa sama ada lama atau sekejap, ianya bukan tidur yang berkualiti. Ini kerana tidur di sofa boleh menyebabkan anda mengalami gangguan tidur. Jadi, tidur di atas tilam adalah lebih baik untuk mendapat tidur yang berkualiti.
2. Sakit pinggang yang berpanjangan

- Tidak dinafikan tidur di tilam boleh menyebabkan sakit pinggang, malah tidur di sofa juga boleh berlaku. Apabila anda kerap tidur di sofa, anda akan merasai kesakitannya apabila bangun tidur. Ini kerana tekanan yang besar apabila anda tidur di sofa dalam waktu yang lama.
3. Mudah sakit

- Tidur di sofa boleh menyebabkan anda jatuh sakit. Kenapa?? Tanpa kita sedari terdapat pelbagai kekotoran dan kuman yang terkumpul di situ. Jadi, apabila anda tidur di sofa, ia boleh menyebabkan anda mudah sakit seperti selesema, batuk dan gatal-gatal badan. Jadi, elakkan.
4. Keadaan posisi tidur yang salah

- Tidur di sofa boleh menyebabkan anda sakit-sakit badan seperti sakit otot leher dan tulang. Oleh itu sangat penting untuk anda mendapat posisi tidur yang betul agar tidur anda tidak terganggu.
5. Tidur tak lena

- Tidur di sofa sememangnya tidak membawa tidur yang lena kerana banyak gangguan yang akan anda hadapi seperti pencahayaan, kebisingan apabila seseorang lalu berdekatan anda dan jika ada yang memasang televisyen.
6. Badan cepat rasa panas

- Terdapat perbezaan apabila anda tidur di tilam atau di sofa. Jika tidur di tilam, ianya lebih lena manakala tidur di sofa boleh menyebabkan anda tidak selesa. Ini kerana material sofa yang berbeza boleh menyebabkan anda rasa panas atau sejuk.
Jadi, jangan amalkan tidur di sofa kerana ia boleh membawa keburukan kepada diri anda. Sebaiknya, tidur di tempat yang selesa, bersih dan selamat.