fbpx

CARA MENANGANI KEKURANGAN TIDUR DIKALANGAN IBU SELEPAS BERSALIN

Kerap kali kita dengar ibu yang baru lepas bersalin kurang menikmati tidur yang nyenyak disebabkan perlu menjaga bayi dan menyusu di tengah malam. Malah, ada ibu-ibu yang sukar kembali tidur apabila bayinya sudah tidur.

Menurut Dr. Arina Heidyana, “Biasanya ibu yang menyusukan bayi terutama yang baru melahirkan anak akan kurang tidur. Kesannya boleh menyebabkan tekanan, keletihan, mood berubah-ubah dan tiada selera makan.”

Tambah Dr. Arina Heidyana, bukan itu sahaja kesan buruknya namun, “Kurang tidur boleh mengurangkan sistem imunisasi ibu.”

Jadi, apakah cara untuk menangani masalah kurang tidur di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin ini?

1. Tidur apabila bayi anda sedang tidur

“Jika bayi sedang tidur, ibu perlu berehat. Lebih-lebih lagi dalam tempoh penyusuan eksklusif, ibu tidak perlu menyediakan terlalu banyak makanan untuk bayi, kerana ianya cukup untuk menyusukan bayi,” kata Dr. Dyah.

Selain itu, ibu-ibu juga harus memahami corak tidur bayi agar mudah untuk anda menguruskan hal-hal yang lain.

2. Hadkan pengambilan kafein

Elakkan pengambilan kafein secara berterusan. Pastikan anda meminumnya sehari sekali dan minum di waktu pagi atau tengahari. Jangan minum di waktu malam. Ini untuk memastikan kafein telah keluar dari darah melalui air kencing sebelum waktu tidur.

3. Tidak menggunakan gadjet ketika masuk waktu tidur

Bermain gadjet seperti telefon boleh membuatkan ibu-ibu leka dan tidak mendapat waktu tidur yang betul.

Malah, cahaya biru yang terhasil melalui skrin telefon di waktu malam boleh mengurangkan hormon melatonin yang menyebabkan ibu-ibu rasa mengantuk.

Akibatnya, ibu mengalami kesukaran tidur. Jadi, elakkannya.

4. Lakukan rutin sebelum tidur

Untuk menangani masalah kesukaran tidur, ibu-ibu boleh mengamalkan mandi air suam sejam sebelum tidur, membaca buku atau mendengar alunan zikir.

Jadikannya sebagai rutin harian. Sekaligus akan membuatkan otak anda terbiasa dan menandakan isyarat masa untuk tidur.

5. Pastikan keadaan bilik tidur selesa

Pastikan persekitaran bilik tidur selesa dan tidak menganggu tidur anda. Dapatkan pencahayaan yang sesuai dengan mood tidur anda. Gunakan langsir gelap untuk mengurangkan pencahayaan. Selain itu, pengudaraan bilik tidur haruslah baik dan tidak berhabuk.

6. Pandai menguruskan masalah tekanan dan kebimbangan

Tekanan yang melampau boleh menyebabkan ibu-ibu penat dan mengalami kesukaran tidur. Cuba elakkannya dengan melakukan teknik relaksasi seperti meditasi, senaman pernafasan atau mendengar alunan zikir atau lagu.

Dengan melakukan aktiviti ini, ia boleh mengurangkan masalah tekanan yang di hadapi oleh ibu-ibu bersalin.

7. Meminta bantuan daripada keluarga

Sokongan dari keluarga sangat diperlukan dalam waktu ini. Ibu-ibu yang baru bersalin memerlukan rehat yang cukup. Jadi, pastikan suami menguruskan masa untuk menjaga anak, menolong isteri dan lain-lain.

Akhir sekali, hargailah isteri anda dan luangkan masa untuk menemani dan menolongnya ketika berpantang. Mereka telah bertarung nyawa untuk melahirkan anak anda. Oleh itu, pastikan mereka mendapat tidur yang cukup dan bahagiakan isteri anda sebaiknya.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Jom Kenali Flenaz Synergy