KETAHUI 3 JENIS MASA TIDUR

Tidur dapat merehatkan minda dan badan kita setelah penat melakukan kerja harian. Namun, adakah anda mendapat tidur yang cukup dalam sehari? Cukup ke 7-8 jam sehari?

Inilah yang selalunya yang menyebabkan seseorang itu mengalami kekurangan tidur atau tidak mendapat tidur yang mencukupi.

Berdasarkan satu perkongsian dari Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri iaitu Doktor Pakar Kesihatan, memberitahu bahawa tidur sangat penting kerana ketika tidur, tubuh sedang memperbaiki sel-sel yang rosak. Secara tidak langsung, ia dapat memastikan tubuh anda dalam keadaan yang baik.

“Namun apabila tidur tidak mencukupi, ia akan menyebabkan pelbagai komplikasi termasuk meningkatkan risiko sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan peningkatan berat badan,” katanya.

Dr. Syid juga berkata, sekiranya seseorang itu tidak mendapat tidur yang cukup, ia boleh menyebabkannya pening, hilang fokus dan tidak bertenaga.

“Ini bukan simptom yang asing lagi, malah sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mempunyai masalah dengan tidur,” ujarnya.

Dr. Syid menyarankan agar mereka yang mengalami masalah ini melakukan senaman di waktu pagi kerana ia membantu memudahkan anda untuk tidur.

“Ini akan membantu regulasi hormon yang akan sebabkan mudah tidur,” tambahnya melalui Facebook.

Jadi, waktu tidur yang manakah anda sering amalkan?

Tidur kurang dari 6 jam:

Boleh menyebabkan berlakunya risiko serangan sakit jantung sebanyak 20%

Tidur lebih 8 jam:

Boleh menyebabkan berlakunya risiko serangan sakit jantung sebanyak 34%

Tidur yang cukup:

Sekiranya anda mendapat tidur yang cukup 7-8 jam, peratusan untuk mendapat serangan sakit jantung amat tipis

Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan menjaga kesihatan dengan baik.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *