5 WARNA YANG BOLEH DIGUNAKAN DI DALAM BILIK TIDUR LELAKI

Bilik tidur adalah ruang peribadi dan ruang untuk kita berehat tanpa memikirkan sebarang masalah. Jika kita melihat suasana di dalam bilik tidur kaum lelaki ada yang bersepah dan ada yang tersusun. Ianya terpulang kepada individu tersebut.

Melihat kepada biliknya, ada yang suram disebabkan keadaan bilik yang tidak tersusun seperti perabot atau warna cat dinding. Namun, untuk menyerlahkan ketenangan dan keceriaan di dalam bilik tidur, warna cat dinding adalah sangat penting.

Oleh itu, terdapat beberapa warna cat dinding yang boleh anda gunakan bagi memastikan keadaan bilik tidur kaum lelaki lebih sifat maskulin dan kelakian.

1. Biru

  • Warna biru adalah warna yang tenang serta dapat mengurangkan tekanan setelah penat bekerja. Ianya sesuai untuk kaum lelaki. Oleh itu, untuk menambah sedikit kelainan, anda boleh gunakan warna biru royal atau midnight blue.

2. Coklat

  • Walaupun warna coklat ini bukan warna kegemaran setiap kaum lelaki tetapi ianya sangat sesuai untuk bilik tidur. Malah, warna ini sangat mudah untuk dipadankan dengan perabot yang berasaskan kayu.

3. Kelabu

  • Warna kelabu adalah warna yang terang serta menampakkan ruang bilik tidur yang besar. Susun atur perabot yang kreatif akan membuatkan bilik tidur kelihatan mewah dan kemas.

4. Putih

  • Putih adalah warna asas dalam pemilihan warna. Jika anda seorang yang bijak dalam susun atur bilik tidur, ianya akan kelihatan teratur dan kemas.

5. Hitam

  • Warna hitam dapat mewujudkan rasa ketenangan apabila tiba waktu malam, waktu untuk tidur. Warna ini sangat sesuai digunakan di dalam bilik yang besar dan pencahayaan yang baik. Anda juga boleh gunakan selimut atau langsir yang berwarna putih untuk menaikkan seri di dalam bilik tersebut.

Sangat penting untuk kita memilih warna dinding di dalam bilik kerana ianya memberi rasa keselesaan dan ketenangan apabila berada di dalam bilik tidur sendiri.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *