5 FAKTA TENTANG TIDUR KANAK-KANAK

Tidur amat penting bagi tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak. Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak memerlukan masa tidur yang lama berbanding orang dewasa.

Menurut Pengarah Pusat Tidur di Hospital Kanak-kanak di Philadelphia, Jodi Mindell, PhD, masa tidur kanak-kanak mungkin mempengaruhi mereka apabila ke sekolah. Oleh kerana itu, apabila waktu pagi, agak sukar untuk mereka bangun untuk ke sekolah.

Jadi, terdapat 5 fakta tentang tidur kanak-kanak yang perlu kita ambil tahu, iaitu:

  1. Waktu tidur

Setiap peringkat umur kanak-kanak mempunyai waktu tidurnya. Menurut National Sleep Foundation telah menyatakan bahawa terdapat beberapa waktu tidur bagi setiap kanak-kanak iaitu:

Bayi yang baru lahir (0-3 bulan)

  • 14-17 jam setiap hari

Bayi (4-11 bulan)

  • 12-15 jam 

Kanak-kanak kecil (1-2 tahun)

  • 11-14 jam 

Kanak-kanak (3-5 tahun)

  • 10-13 jam

Umur (6-13 tahun)

  • 9-11 jam

Remaja ( 14-17 tahun)

  • 8-10 jam
  1. Kanak-kanak kurang tidur
  • Berdasarkan satu kajian dijalankan oleh penyelidik di Columbia University Mailman School of Public Health, sebanyak 72% kanak-kanak dan remaja mengalami masalah kurang tidur.
  • Masalah kurang tidur ini dihadapi lebih 270,000 remaja yang telah diselidik oleh penyelidik selama 10 tahun. Mereka berkemungkinan akan menghadapi masalah sosioekonomi yang rendah pada masa akan datang.
  1. Tanda-tanda anak kurang tidur

Terdapat 4 soalan yang dikemukan oleh Mindell kepada ibu bapa iaitu:

– Adakah ibu bapa perlu membangunkan anak setiap pagi?

– Adakah anak anda perlu lewat untuk tidur pada hari hujung minggu atau cuti?

– Pernahkah anak anda sering tertidur di kereta, sekolah atau pada lain-lain masa selain waktu tidur?

– Adakah anak anda kelihatan cergas dan bertenaga apabila mereka tidur lebih masa?

“Jika mana-mana perkara ini benar, maka anda harus berfikir tentang mendisiplinkan waktu tidur anak anda,” kata Mindell.

  1. Terlalu Banyak kokurikulum
  • Jangan penuhkan aktiviti anak anda sehingga waktu malam kerana malam adalah waktu untuk berehat.
  1. Banyak kerja rumah
  • Terdapat satu kajian yang dijalankan pada tahun 2014 iaitu, masalah kesihatan dan kesukaran tidur malam sering dialami oleh pelajar disebabkan kerja rumah yang terlalu banyak.

Itulah dia fakta yang ibu bapa perlu ketahui. Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada anda.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *