fbpx

5 LANGKAH SEBELUM TIDUR UNTUK KELIHATAN CANTIK

Kecantikan dan wanita tidak boleh dipisahkan. Wanita amat menitikberatkan tentang penjagaan kecantikan diri untuk kelihatan cantik. Berikut merupakan cara untuk mendapat kulit yang cantik dengan hanya tidur pada waktu malam.

  1. Bersihkan muka sebelum tidur
  • sebelum tidur, pastikan muka anda dicuci dahulu. Semasa tidur, kulit akan digantikan dengan pertumbuhan sel-sel yang baru atau proses pemulihan.
  • lakukan setiap hari untuk mendapat kulit yang cantik.
  1. Tidur terlentang, elakkan tidur meniarap
  • Elakkan dari tidur meniarap kerana tidur meniarap tidak sesuai untuk penjagaan kulit wajah. Apabila anda tidur meniarap, anda memberi tekanan kepada wajah. Pakar kulit menyatakan seseorang yang suka tidur meniarap akan kelihatan jelas diraut wajahnya. Wajah mereka kelihatan berkedut. Inilah punca yang menyebabkan wajah anda cepat kedut.
  1. Tidur dalam suasana gelap
  • Tidur dalam keadaan gelap akan memberi anda keselesaan dan tenaga untuk keesokan harinya.
  • Selain itu, tidur dalam keadaan gelap dapat merangsang hormon untuk sel-sel tubuh anda.
  • Dapatkan tidur yang cukup agar kulit dalam keadaan segar.
  1. Minum air putih
  • Luaran dan dalaman dalam tubuh kita harus dijaga. Untuk bahagian dalaman, air putih sangat penting diminum sebelum tidur. Air putih membantu meneutralkan garam dan bahan yang tidak diperlukan dalam badan.
  1. Ganti sarung bantal
  • Sarung bantal harus ditukar seminggu sekali untuk mengelakkan pembiakan kuman. Pembiakan kuman ini akan menyebabkan jangkitan kepada kulit wajah anda jika tidak ditukar.
  • sebagai tambahan, basuh bantal anda sekali untuk memastikan kebersihan bantal dan tempat tidur anda.

Dan yang paling penting untuk kelihatan cantik ialah dengan mendapat tidur sekurang-kurangnya 8 jam pada waktu malam. Oleh itu, amalkan langkah ini agar kulit anda berseri setiap hari.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Jom Kenali Flenaz Synergy