Sebenarnya anak kecil tak akan beri kita peluang untuk berehat kerana mereka tak faham. Apa yang mereka tahu, ibu ayah sentiasa perlu ada untuk melayan karenah setiap masa.
Sebagai ibu ayah, kita perlu letakkan sempadan (boundaries) antara kita dengan anak untuk melatih mereka:
✅ “Mama boleh main dengan adik lepas mama habis makan ya.”
✅ “Papa akan buatkan roti tu lepas papa habis makan ok.”
✅ “Lepas mama mandi, mama akan bacakan buku tu untuk kakak.”
Pada mulanya, mungkin anak-anak akan tak faham dan menunjukkan protes tapi lama kelamaan mereka akan faham yang ibu ayah juga perlukan masa untuk diri sendiri. Jadi, latihla anak-anak dengan baik.
Kuncinya, ibu ayah perlu betul-betul menjaga keperluan fisiologi seperti dapatkan #tidur_yang_berkualiti, rehat secukupnya, makan dan minum mengikut masa yang betul, barulah ibu ayah lebih bersedia dan tenang untuk mengawal anak-anak nanti.
LEYNA menyokong kempen #QualitySleepHealthierLife supaya kita bersama-sama mengamalkan gaya hidup sihat dan rasa bahagia selalu.

