Apabila anda mengalami kesukaran tidur, kesukaran bernafas, tertekan, dan sesak nafas ia adalah tanda bahawa anda mempunyai masalah Anxiety. Tanpa kita sedari penyakit ini boleh membahayakan nyawa anda.
Macam mana cara nak merawat masalah Anxiety Disorder?
Berdasarkan perkongsian dari Dr. Zubaidi Hj Ahmad, beliau pernah mengendalikan pesakit yang mempunyai masalah Anxiety yang berada dalam keadaan sesak nafas, sakit dada, dan tidak tentu arah.
Pesakit Anxiety selalunya kelihatan normal tetapi hakikatnya mereka menyembunyikan segala beban atau permasalahan mereka melalui minda mereka.
Masalah ini akan sentiasa berulang kepada mereka yang menghadapinya.
Apabila pesakit Anxiety mengalami kesukaran bernafas, mereka memerlukan bekalan oksigen. Tetapi bagi mereka bekalan oksigen tidak memberi sebarang manfaat kerana ia masih tidak mencukupi. Doktor yang merawat pesakit akan membuat pemeriksaan ke atas pesakit seperti tekanan darah, bacaan nadi, dan paru-paru. Keputusan pesakit adalah normal. Namun, masalah utama pesakit Anxiety adalah minda mereka yang mengalami masalah tekanan atau masalah kesukaran tidur.
Penyakit Anxiety secara tidak langsung akan menyebabkan pesakit merasa cemas secara tiba-tiba, terlalu banyak berfikir dan tidak boleh tidur. Malah, ada juga yang berfikir untuk mati.
Antara faktor yang menyebabkan berlakunya anxiety adalah pemikiran minda. Apabila anda berfikir terlalu banyak perkara ia akan menimbulkan pelbagai masalah dan otak anda menjadi serabut.
Tiada ubat yang boleh memulihkan penyakit Anxiety ini selain ubat penenang. Ubat penenang ini hanya sementara sahaja. Dan pesakit tidak boleh bergantung kepada ubat sahaja. Untuk itu, pesakit perlu mendapat khidmat kaunseling atau pakar psikologi untuk memulihkan penyakit yang mereka hadapi.
Selain itu, terdapat beberapa cara untuk membantu mereka mengatasi masalah anxiety.
Untuk mengelakkan tekanan yang anda hadapi, anda boleh meluangkan masa untuk melakukan sebarang aktiviti yang sihat seperti melancong, berkhemah, berenang dan melakukan aktiviti yang sihat.
Pesakit anxiety perlu tidur. Jika anda menghadapi kesukaran tidur, anda tenangkan diri anda dulu, lakukan senaman, mendengar muzik, berwudhu, solat, dan berzikir. Selepas itu, cuba anda tidur tanpa memikirkan sebarang masalah.
Berkawan dengan mereka yang boleh memberi semangat kepada anda. Kawan yang begini dapat membantu anda dari segi emosi, fizikal dan mental.
Sentiasa ingat bahawa hanya kepada Allah lah tempat kita meminta pertolongan. Sentiasa berdoa, solat dan berzikir. InsyaAllah, Allah pasti membantu hambaNya.
Semoga info ini dapat memberi ilmu tentang bahayanya anxiety kepada kita semua. Pastikan anda sentiasa menjaga kesihatan diri dan bersama dengan orang yang tersayang.

