4 TEKNIK CARA BERNAFAS UNTUK TIDUR LEBIH LENA

Anda masih tidak boleh tidur walaupun badan dan minda anda keletihan setelah penat melakukan kerja harian? Untuk perkongsian kali ini, kita kongsikan tentang 5 teknik pernafasan yang betul untuk mendapat tidur yang lena.

Antara teknik pernafasan yang betul semasa tidur

Berdasarkan American Sleep Association (ASA), Insomnia adalah gangguan tidur yang terjadi kepada mereka yang mengalami masalah kesukaran tidur.

Rutin harian perlu dilakukan setiap hari. Begitu juga kepada mereka yang bekerja yang perlu menyiapkan segala tugasan yang kadangkala menyebabkan tekanan dalam menguruskannya. Dalam pada itu, ada yang membawa hal kerja ke rumah sehingga menyebabkan kesukaran tidur disebabkan terlalu stress

Jadi kepada mereka yang mempunyai masalah kesukaran tidur, anda dinasihatkan untuk fokus cara bernafas dengan betul. Terdapat beberapa teknik pernafasan yang boleh anda cuba untuk mendapat tidur yang lena. Berikut seperti dibawah:

Sebelum mula, tutup mata anda bagi memfokuskan kepada teknik pernafasan.

  1. Teknik pernafasan 4-7-8

Pertama sekali, buka mulut anda dan hembus nafas sepenuhnya sehingga anda mengeluarkan bunyi ‘whoosh’. Seterusnya, tutup mulut dan tarik nafas melalui hidung selama 4 saat. Tahan nafas anda dalam kiraan 7. Hembus semula nafas anda melalui mulut selama 8 saat. Jadi bagi mereka mereka yang baru mula langkah ini, anda boleh ulang sehingga 4 kali. Selepas itu, ulang balik sebanyak 8 kali untuk sesi ini.

  1. Kaedah pernafasan Bhramari pranayama

Mula-mula tutup mata anda dan tarik dan hembus nafas dengan dalam. Lepas itu, tutup telinga dengan tangan. Jari telunjuk diletakkan dikening dan yang lain diatas mata. Kemudian, tekan secara lembut di tepi hidung dan fokus dibahagian kening. Pastikan mulut anda ditutup dan hembus melalui hidung secara perlahan-lahan sehingga mengeluarkan bunyi (humming) ‘om’. Ulang sebanyak 5 kali.

Menurut kajian klinikal, teknik pernafasan Bhramari pranayama membantu mengurang masalah pernafasan dan degupan jantung yang laju.

  1. Teknik 3 bahagian pernafasan

Langkah pertama,

Tarik nafas yang panjang dan dalam.

Langkah kedua,

Fokus semasa anda menghembuskan nafas dan hayati rasanya.

Langkah ketiga,

Ulangi langkah 1 & 2 beberapa kali. Kemudian hembus nafas dengan perlahan sehingga 2 kali lebih lama semasa anda tarik nafas.

Ada dikalangan kita suka melakukan teknik ini kerana ia sangat simple untuk dilakukan.

  1. Pernafasan Buteyko

Pertama sekali, duduk ditempat yang anda selesa atau di atas katil. Bernafas melalui hidung selama 30 saat dengan mulut tutup secara perlahan-lahan. Selepas itu, tarik dan hembus nafas dengan kuat sekali sahaja. Picit hidung menggunakan ibu jari dan jari telunjuk. Kemudian, tutup mulut anda dan bernafas sekali lagi. Akhir sekali, hembus nafas melalui hidung dengan dalam.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa teknik pernafasan ini membantu mereka yang mengalami hiperventilasi (iaitu mereka yang bernafas dengan laju). Teknik ini mengembalikan cara pernafasan mereka kepada bentuk normal.

Kesimpulannya, teknik apa sahaja yang anda lakukan akan membantu diri anda dan tubuh badan anda untuk berehat, mendapat tidur yang cukup dan bernafas dengan baik. Amalkan jika anda menghadapi kesukaran untuk tidur.

Pemilihan bantal yang boleh dilaraskan sangat bagus sekiranya anda ada masalah seperti di atas. Pilihlah bantal LEYNA kerana bantal ini boleh dilaraskan mengikut keselesaan si pemakai.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA​

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *