fbpx

ANAK TIDUR BERDENGKUR? APA YANG HARUS KITA LAKUKAN

Tumbesaran kanak-kanak sangat cepat dan mereka sangat aktif melakukan aktiviti yang sihat. Apabila keletihan, kanak-kanak akan tidur untuk merehatkan tubuh mereka. Ada dikalangan kanak-kanak yang tidur mengeluarkan bunyi berdengkur semasa tidur. Ada ibu bapa yang menganggap dengkuran terjadi disebabkan kanak-kanak terlalu penat.
  • Menurut Pakar Pediatrik Respiratori, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Norzila Mohamed Zainudin berkata masalah berdengkur dikalangan kanak-kanak terjadi akibat saluran pernafasan mereka yang sempit semasa tidur.

Ibu bapa perlu memberi perhatian kepada anak-anak jika mereka tidur berdengkur. Tidur berdengkur dikalangan kanak-kanak terjadi disebabkan oleh apnea tidur yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan dan tumbesaran mereka.

Saluran pernafasan seseorang akan menjadi sempit apabila tidur. Namun, jika saluran pernafasan menjadi teruk dan menganggu tidur kanak-kanak, ia boleh menyebabkan masalah apnea tidur.

Doktor Norzila berkata, apabila kanak-kanak terjaga daripada tidur ia mungkin menyebabkan saluran pernafasan mereka tersempit dan bekalan oksigen menurun kerana tiada ruang udara.

Tahap penurunan oksigen di dalam badan dapat dikesan melalui kemoresptor atau sel-sel ransangan. Ini menyebabkan kanak-kanak mudah terjaga dan pernafasan mereka kembali normal apabila mendapat oksigen yang mencukupi.

Ada kanak-kanak yang kerap terjaga dan menghadapi penurunan kadar oksigen di dalam darah. Ini menyebabkan tidur kanak-kanak terganggu dan merasa mengantuk di waktu pagi.

-> Tonsil, obesiti antara punca Dengkur

Berdasarkan penyataan dari Dr. Norzila, terdapat 3 punca yang menyebabkan kanak-kanak berdengkur iaitu:

1.Tonsil

2. Adenoid membengkak

3. Obesiti

Pembentukan wajah juga menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. Seperti kanak-kanak sindrom down, mereka mempunyai pembentukan wajah yang kecil sejak dilahirkan. Oleh itu, wajah yang tidak sekata akan menyebabkan saluran pernafasan mereka menjadi kecil. Jadi mereka lebih cenderung untuk menghadapi masalah berdengkur dan apnea tidur.

Hiperaktif, sukar fokus disebabkan tidur terganggu

Doktor Norliza berkata, kanak-kanak yang menghadapi masalah berdengkur perlu diberi perhatian kerana akan menyebabkan kanak-kanak cepat letih dan lesu akibat kerap terjaga.

Ibu bapa perlu memantau anak-anak mereka kerana jika mereka mengalami masalah kesukaran tidur dan kurang fokus mereka akan merasa mengantuk dan meragam.

RAWATAN

Menurut Dr. Norliza, jika masalah dengkur berlaku disebabkan tonsil dan adenoid yang besar ia boleh dirawat dengan melakukan pembedahan. Begitu juga masalah apnea tidur. Masalah apnea tidur akan sembuh selepas pembedahan dilakukan.

Namun, terdapat kes seperti obesiti atau masalah abnormaliti kranial facial, iaitu pesakit perlu menjalani rawatan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP). Rawatan ini memberi impak yang positif semasa tidur. Ia membantu saluran rongga pernafasan terbuka dan mengelak dari tersempit atau ‘collapse’.

Jadi sebagai ibu bapa perhatian tidur anak anda, jika mereka kerap berdengkur dan tidak berhenti, segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan yang lanjut.

LEYNA ingin memperkenalkan 2 jenis bantal LEYNA untuk anak-anak tersayang,

π—•π—”π—‘π—§π—”π—Ÿ π—§π—œπ——π—¨π—₯ π—Ÿπ—˜π—¬π—‘π—” π—£π—˜π—§π—œπ—§π—˜

Merupakan Bantal Multifungsi LEYNA. Ciri-ciri yang pelbagai seperti boleh dibasuh, lembut, ringan dan comel sangat sesuai di bawa kemana-mana. Sesuai untuk dijadikan bantal tidur anak anda, bantal rehat di dalam kereta, kegunaan rehat di pejabat dan boleh juga di bawa travel. Di datangi beg tersendiri untuk setiap pembelian.

Pastinya ia menjadi teman karib anda sepanjang hidup.

π—•π—”π—‘π—§π—”π—Ÿ π—£π—˜π—Ÿπ—¨π—ž π—Ÿπ—˜π—¬π—‘π—” π—£π—˜π—§π—œπ—§π—˜

Merupakan bantal peluk bersaiz kecil yang ideal, untuk si kecil anda peluk sepanjang malam. Dengan ciri-cirinya yang gebu dan lembut, pastinya si kecil anda dapat tidur lebih lena untuk aktif sepanjang hari.

Ianya juga boleh terus dibasuh, seperti bantal-bantal LEYNA yang lain. Membuatkan terjamin kebersihan bantal peluk anak anda, seterusnya memastikan kesihatan anak terpelihara sebaiknya.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA​

Jom Kenali Flenaz Synergy