Makan makanan yang berkhasiat dapat memberi manfaat kepada tubuh badan untuk kekal sihat. Di samping itu, tidur adalah cara yang paling terbaik untuk merehatkan otak anda.
Bagi mereka yang kurang tidur, fungsi kognitif akan menurun dan menyebabkan ia menjadi sukar serta mempengaruhi hati dan ingatan anda.
Menurut Huffington Post, National Sleep Foundation mengesyorkan waktu yang sesuai untuk tidur adalah tujuh hingga sembilan jam setiap malam. Berikut adalah beberapa manfaat tidur untuk kesihatan otak.
- Tidur meningkatkan kesihatan mental
Tidur awal adalah sangat penting untuk kesihatan kita. Kajian menunjukkan bahawa dalam jangka masa panjang, kurang tidur dapat meningkatkan risiko gejala depresi.
Kekurangan waktu rehat juga mampu mempengaruhi tekanan dan kegelisahan. Sekiranya anda ingin tidur, anda boleh membaca buku dahulu sebelum menyiapkan otak untuk berehat.
- Membantu ingatan yang lebih tajam.
Semasa kita dalam keadaan rehat atau bertenang, tidur dapat membantu otak kita menjadi lebih tajam dan meningkatkan daya ingatan.
Fikiran yang cukup tenang akan memudahkan anda menguruskan segala urusan dan masalah.
- Menjadikan mood lebih baik.
Adakah anda pernah mendengar orang mudah marah ketika mereka lapar. Tetapi bagaimana pula dengan orang yang mudah marah ketika mengantuk?
Pada bulan September 2015, sebuah kajian yang dilakukan mendapati, kurang tidur akan menyebabkan mereka sukar untuk mengawal emosi. Malah tekanan atau stress juga boleh mencetuskan kemarahan jika kurang tidur.
- Membantu membuat keputusan penting
Semasa tidur otak akan berehat dan memulihkan segala tenaga yang kita gunakan. Jadi, setiap perkara yang kita lakukan akan mempengaruhi segala keputusan.
- Tidur membantu untuk fokus pada tugas harian.
Kajian menunjukkan bahawa tidur sebentar diwaktu siang dapat meningkatkan kemahiran belajar lebih produktif dalam menyelesaikan masalah.
- Secara fizikal tidur akan rehatkan minda anda.
Elakkan berfikir hal-hal pekerjaan, masalah peribadi atau lain-lain sebelum tidur. Ia untuk memastikan tidur anda tidak diganggu.
Oleh itu, tidur sangat penting kepada otak. Rehatkan minda dan badan anda walau sesibuk manapun. Jaga waktu tidur anda.

