Ada di antara kita yang suka makan di atas katil. Ini kerana ianya memberi keselesaan kepada mereka dan mudah untuk mereka rehat selepas makan.
Tapi tahukah anda bahawa tabiat makan di atas katil adalah tidak bagus kerana ianya boleh mengundang pelbagai kesan yang tidak baik seperti:
1. Tilam menjadi kotor

- Seboleh-bolehnya kita memang tak nak makanan itu tertumpah di atas katil tetapi keberangkalian ianya terjadi pasti akan berlaku. Apabila makanan tertumpah atas katil, ia boleh menyebabkan tilam menjadi kotor dan busuk. Lebih-lebih lagi makanan yang pekat yang susah untuk tanggalkan kotorannya.
2. Menyebabkan pembiakan kuman dan haiwan

- Apabila tilam menjadi kotor, binatang seperti semut, nyamuk dan serangga boleh datang ke atas tilam anda. Ia boleh menganggu tidur anda dan mengigit anda apabila sedang baring.
3. Tidur menjadi tidak lena

- Tilam yang kotor dan dipenuhi dengan kuman akan menyebabkan tidur anda terganggu dan menjadi tidak lena.
4. Mengundang penyakit

- Apabila anda malas untuk membersihkan tempat tidur, ia boleh menyebabkan tempat tidur menjadi tempat pembiakan kuman dan bakteria.
5. Tilam dan bantal berbau busuk dan tidak selesa

- Sebelum tidur, pastikan anda ke toilet untuk membersihkan diri sebelum tidur. Untuk mendapat tidur yang berkualiti, anda haruslah peka terhadap tilam dan bantal agar tiada kekotoran di bantal dan tilam.
Oleh itu, elakkan makan di atas tilam agar persekitaran bilik tidur anda bersih dan terhindar dari kuman.

