Ada diantara dari kita yang mengalami mata sembab atau bengkak apabila bangun dari tidur. Mata yang sembab atau bengkak menyebabkan anda kurang keyakinan apabila berhadapan dengan orang lain.
Jadi, apakah cara atau petua yang dapat menghilangkan masalah mata sembab atau bengkak secara semulajadi.
1. Menggunakan sudu sejuk

- Anda boleh letak dua sudu besar di dalam peti ais dan biar selama 10 minit. Setelah itu, anda boleh letakkan sudu tersebut di mata anda selama 5 minit.
2. Kiub ais

- Kiub ais boleh digunakan untuk melegakan mata sembab anda. Anda hanya perlukan ais dan letak di kedua dua mata bagi melancarkan peredaran darah.
3. Gunakan uncang teh yang sudah terpakai

- Gunakan uncang teh yang sudah pakai dan letak di permukaan mata yang bengkak selama 10 minit.
4. Hirisan timun

- Selain digunakan untuk topeng muka,timun juga boleh mengurangkan masalah mata sembab. Ianya memerlukan 15-20 minit. Selepas itu, anda boleh bilas dengan air bersih.
5. Minyak zaitun

- Minyak zaitun boleh menghilangkan masalah mata bengkak selepas bangun dari tidur. Caranya ialah urut mata dari atas ke bawah menggunakan minyak zaitun bagi melancarkan peredaran darah.
Selain mengamalkan petua di atas, anda juga harus mendapat tidur yang cukup dan menetapkan jadual tidur yang konsisten.

