Bulan puasa tidak bermakna kita tak dapat lakukan aktiviti yang biasa kita lakukan seperti beriadah di hujung minggu, keluar bekerja, menyertai aktiviti lasak atau sebagainya.
Anda masih lagi boleh melakukan aktiviti riadah pagi seperti berjogging, melakukan yoga atau apa-apa aktiviti fizikal cuma perlu pastikan suasana tidak terlalu panas, jarak perjalanan tidak terlalu jauh kerana perlu mengurangkan risiko terasa haus dan keletihan
Aktiviti harian dirumah boleh mula dicuci di awal pagi supaya lebih cepat kering dan boleh diangkat sewaktu tengah hari. Kelengkapan tidur juga perlu dicuci, jadi basuh bantal, pelapik atau alas satu persatu dan keringkan supaya boleh digunakan kembali pada waktu malam.
Bagi pelajar, waktu pagi selepas sahur adalah masa terbaik untuk mengulangkaji subjek yang perlukan bacaan yang teliti. Suasana tenang dan senyap selepas waktu sahur juga amat baik bagi mereka yang melakukan pembacaan, mendengar ceramah atau podcast yang boleh memberi motivasi dan pengetahuan baru.
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai,
sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.”
(Diriwayatkan al-Baihaqi)

