ELAKKAN BUAT 3 PERKARA INI DALAM BULAN PUASA

Macam mana minggu berpuasa korang? Masih semangat atau dah mula lesu rasa tak bertenaga?

Haaa, ini antara beberapa perkara yang perlu dielakkan masa bulan Ramadan.

1. Tidur terlalu lama atau sepanjang hari

Terlalu lama tidur, tidak akan membuat anda kembali bertenga. Tidur yang terbaik adalah antara 7 hingga 8 jam dan mendapat tidur lena. Dapatkan tidur yang secukupnya supaya anda dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

Rasulullah SAW bersabda: Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapatkan pahala puasanya selain lapar dahaga dan berapa banyak orang yang solat malam tidak mendapatkan pahala solat malamnya selain hanya sekadar bangun malam.

2. Tidak bangun sahur dan kurang minum air secukupnya semasa waktu berbuka puasa

Ramai yang akan meninggalkan sahur kerana mengantuk dan malas untuk bersahur di waktu pagi. Kesannya badan tidak mendapat nutrisi yang secukupnya dan kekurangan air dalam badan. Caranya siapkan makanan kegemaran semasa sahur dan minum air secukpnya. Pastikan tidak tidur terlalu lewat supaya dapat bangun bersahur

3. Berlebihan semasa berbuka sehingga membazir

Jangan berlebihan semasa mejamu selera supaya tubuh tidak terkejut atau letih secara tiba. Ambil makanan dalam kadar yang sederhana supaya dapat meneruskan aktiviti ibadah lain dengan lebih mudah.

Ramadan adalah bulan yang penuh berkat bagi umat Muslim di seluruh dunia. Sebulan ini, umat Muslim berpuasa dari matahari terbit hingga matahari terbenam, serta melakukan banyak aktiviti keagamaan dan sosial. Rebutlah peluang untuk menggandakan amalan dan menjadi muslim yang lebih baik dari sebelumnya.

 

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *