BAHAYA BANTAL BUSUK

Bantal adalah salah satu dari komponen yang sangat kita semua perlukan untuk tidur selain tilam, cadar dan selimut untuk keselesaan yang maksimum. Menurut kajian terbaharu, manusia menghabiskan waktu di atas katil dengan purata masa sekitar 36 tahun seumur hidup. Ini menunjukkan bahawa kamar tidur adalah aspek yang paling penting buat kita.

 

Kebanyakkan rakyat Malaysia mempunyai bantal busuk sendiri dan segelintirnya langsung tidak pernah membasuhnya. Tanpa anda sedari sebenarnya ia telah mengumpul pelbagai jenis bakteria dan virus. Tidak salah untuk memiliki bantal busuk, namun anda perlu berjaga-jaga.

Bantal busuk anda berkemungkinan mengandungi :

  • Debu, habuk, kulat
  • Kuman, kutu, hama

Kesan-Kesan :

 

  • Alahan

-> Hama adalah pepijat kecil yang wujud di kawasan berdebu dan berhabuk termasuklah kelengkapan tidur yang tidak dicuci dengan baik dan kerap. Ia akan mencetuskan alahan yang mungkin mengakibatkan simptom seperti mata merah dan gatal, hidung berair, asma, lelah serta mengganggu sistem pernafasan.

  • Gangguan Tidur

-> Kulat yang banyak wujud pada bantal busuk mungkin boleh menyebabkan gangguan tidur khususnya apnea tidur obstruktif iaitu pernafasan terhenti ketika tidur.

  • Penyakit dan Jangkitan

-> Penderita Leukemia dan HIV/AIDS boleh diundang maut jika terkena atau terdedah kepada kulat Aspergillus fumigatus.

 

-> Jangkitan Staph yang mungkinagak jarang berlaku namun boleh mengakibatkan kematian disebabkan oleh bakteria Staphylococcus Aureus.

 

-> Jangkitan paru-paru dan apendiks pula disebabkan oleh bakteria Bacteroides.

 

-> Imuniti penyakit jangkitan kelamin khususnya gonorea terjejas disebabkan bakteria Fusobacteriaceae dan Neisseriaceae.

  • Masalah Kulit

-> Bantal busuk yang tidak dicuci dengan baik serta kerap akan mengakibatkan debu dan habuk terkumpul. Ia akan menjejaskan atau merengsakan kulit badan lalu timbul masalah kulit seperti jerawat dan jeragat. Habuk ini datangnya dari luar rumah dan juga badan kita sendiri.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *