Jerawat adalah satu masalah kulit sama ada dimuka atau dibahagian badan yang akan menyebabkan komplikasi lain seperti jangkitan yang teruk sehingga bernanah
jika tidak dirawat dengan segera. Ia juga mengakibatkan seseorang menjadi kurang
berkeyakinan jika jerawat tumbuh dibahagian kulit muka. Tapi, adakah bantal boleh
menimbulkan masalah jerawat?
Ia berkemungkinan disebabkan :
- Sarung bantal jarang ditukar
- Bantal tidak dibasuh dan tidak boleh di basuh
- Bantal tidak dijemur di kawasan cahaya matahari
Kita menghabiskan 1/3 dari seluruh kehidupan untuk tidur. Jadi, itulah perlunya kita menjaga kebersihan tempat tidur kita. Ia akan mengakibatkan
hama, debu, dan selsel kulit mati yang melekat pada bantal dan sarung bantal menjadi
sesuatu yang berbahaya untuk manusia. Bantal kita juga terkandung air liur yang
tidak disedari semasa tidur dan pembiakan bakteria semakin merebak.
Selain jerawat ia akan membuatkan seseorang mengalami batuk, selsema, dan bersin kerana sisa najis yang dihasilkan oleh hama. Bagi yang masih tidak tahu,
sel-sel kulit yang mati kita itulah menjadi makanan kepada hama.

