3 WAKTU TIDUR MENURUT ISLAM

Tidur pada waktu siang terbahagi kepada 3 iaitu Hailulah, Qailulah dan A’ilulah. Apa maksud disebalik perkataan ini?

  • Hailulah – Tidur selepas solat Subuh. 
  • Qailulah – Tidur sebentar pada siang hari sebelum zohor. 
  • A’ilulah – Tidur selepas solat Asar.

Setiap tidur diatas mempunyai kesan positif dan negatif. Untuk Hailulah, ianya tidak elok malah dilarang oleh Islam. Orang yang tidak bangun untuk solat subuh juga tergolong didalam Hailulah. Tidur selepas subuh ini boleh menyebabkan rezeki kita terhijab dan menjadi tidak murah rezeki. Inilah sebab mak ayah atuk nenek kita marah jika kita tidak menunaikan solat subuh.

A’ilulah pula ialah tidur selepas waktu asar. Ia boleh menyebabkan anda mudah mendapat penyakit pada badan, jiwa dan perasaan resah, kecewa dan gelisah serta mengganggu sistem otak. Bertentangan dengan A’ilulah, Qailulah pula tidur yang bagus dan disarankan sebelum mendirikan solat zohor.

Qailulah adalah tidur beberapa jam sebelum zohor dan waktu yang sesuai ialah pada pukul 12 tengah hari sehingga sebelum masuk waktu solat zohor. Ia membuatkan tahap kecergasan fizikal dan rohani semakin meningkat serta membuatkan seseorang kelihatan awet muda. 

Mengikut kajian, kualiti untuk 1 minit Qailulah bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, InsyaAllah. Ia juga bertujuan untuk melepaskan lelah bekerja di waktu pagi dan mengelakkan dari penyakit jantung.

Ikuti sunnah, pasti berkah.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA​

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *