PAHALA SEMASA BANGUN TIDUR

Dalam agama Islam, bangun dari tidur dapat memberi pahala kepada umatnya. Jika dilakukan rutin ini setiap hari, ia dapat diterapkan dalam diri kita dan menjadi kebiasaan apabila bangun tidur. Banyak pahalanya. Jom kita ketahui 5 sunnah Rasulullah yang mesti kita ikuti iaitu :

  1. Mengusap wajah dengan kedua tangan

  • “Apabila Rasulullah SAW bangun dari tidurnya, maka beliau mengusap wajahnya dengan tangannya”.

(HR. Imam Muslim)

  1. Zikir kepada Allah

  • semasa bangun tidur baca doa dahulu sebelum memulakan apa-apa pekerjaan iaitu:

 

Rasulullah SAW bangun dari tidurnya maka beliau membaca:

 

“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada-nyalah tempat kembali”.

(HR. Bukhori dan Muslim)

.

3. Bersiwak

  • Bersiwak bermaksud membersihkan mulut apabila bangun dari tidur.
  • Siwak diperbuat daripada kayu dan sangat baik untuk mulut dan gigi.

 

Dalam hadis menyatakan bahawa, “Apabila Nabi SAW bangun dari tidur maka beliau memulainya dengan bersiwak”.

(HR. Ahmad)

  1. Mencuci tangan 3 kali

  • Apabila bangun dari tidur hendaklah kita membasuh tangan sebanyak 3 kali.

 

Berdasarkan hadis Nabi SAW,

“Apabila seseorang diantara kalian bangun dari tidurnya maka janganlah ia memasukkan tangannya ke dalam bejana, sebelum ia mencucinya sebanyak 3 kali”.

(HR. Muslim)

5. Berwudhu

  • “Apabila seseorang bangun dari tidurnya, maka hendaklah dia berwudhu”.

(HR. Bukhori dan Muslim)

Mudahnya dapat pahala. Dengan bangun tidur sahaja dah dapat pahala. Jom kita amalkan. Semoga bermanfaat.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA​

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *