KESAN TIDUR YANG BERLEBIHAN KEPADA KESIHATAN

Topik kali ini kita akan membincangkan tentang kesan tidur yang berlebihan. Selalu kita dengar tentang tidur yang tidak cukup disebabkan kekangan masa. Tetapi kali ini isu tentang orang yang kuat tidur. Adakah anda pernah tidur melebihi 12 jam sehari? Masalah tidur yang berlebihan (oversleeping) dikenali sebagai hypersomnia. Jika anda dalam kategori diatas, jangan selesa sangat kerana ia mampu menjejaskan kesihatan anda.

Sebanyak 5%-10% pesakit yang berjumpa dengan doktor disebabkan masalah hypersomnia berdasarkan kajian yang dijalankan oleh peringkat antarabangsa. Berdasarkan Prof. Dr. Azhar Mohd Zain, Pakar Psikiatri, Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan UPM:

Antara beberapa sebab terjadinya gejala “Hipersomnia” iaitu Narcolepsy, gangguan tidur yang berkait dengan pernafasan, central sleep Apnea & perubahan gaya hidup.

Antara kesan yang boleh mengakibatkan terlebih tidur ialah:

  1. Narcolepsy

–  gangguan otak yang menyebabkan rasa mengantuk yang tidak dapat dikawal.

– misalnya tidur disiang hari tanpa sedar.

  1. Pelupa

– Kaedah yang diperlukan untuk mengasah otak ialah berfikir. Apabila seseorang itu banyak berfikir otak akan menjadi cerdas dan bijak.

– Jika berlaku sebaliknya, otak akan menjadi perlahan dan menyebabkan anda mudah lupa dan lembab.

  1. Kualiti tidur terganggu

– jika anda seorang yang menghidapi masalah sleep apnea iaitu pernafasan, ia mungkin menjejaskan kesihatan anda seperti sakit jantung, strok, sakit perut, suka mengesel gigi sehingga menganggu tidur anda.

– tidur yang lama bukan kerana kualiti tidur yang cukup tetapi masalah kesihatan yang anda hadapi.

  1. Punca gemuk

– Salah satu punca kegemukan ialah tidur. Tidur yang terlalu lama menyebabkan mereka malas bersenam dan suka berehat sahaja.

– selain itu, kalori dalam badan tidak dapat dibakar.

  1. Risiko diabetes

– Diabetes salah satu punca kepada mereka yang tidur berlebihan.

– Menurut kajian, mereka yang tidak obes, 2 kali ganda terdedah dengan penyakit kencing manis.

– hal ini kerana, paras gula dalam badan anda mempengaruhi tidur anda walaupun tidur yang berlebihan atau sebaliknya.

  1. Merosakkan hati

– Berkata Imam Ibnul-Qayyim ra : “Adapun lima perkara yang merosakkan hati adalah banyak sangat bersosial, banyak angan-angan, bergantung kepada selain Allah swt, banyak makan dan banyak tidur. Inilah 5 penyebab utama yang dapat merosak hati ”.

  1. Sakit jantung

– Mereka yang tidur melebihi 8 jam lebih terdedah dengan sesak dada, sakit jantung dan penyakit lain.

  1. Mempengaruhi kesuburan

– Kerap tidur boleh mempengaruhi kitaran haid dan hormon badan wanita. Oleh itu, jika individu tersebut terlebih tidur atau kurang tidur ia memberi kesan kepada kesuburan sel telur wanita.

  1. Malas beribadat

– Jangan asyik dengan tidur kerana tidur menyebabkan anda malas melakukan ibadat solat, berzikir, membaca al-quran, belajar agama, bersedekah dan sebagainya.

Kesimpulannya, elakkan tidur yang berlebihan dan dapatkan tidur yang cukup 7-8 jam sehari. Pastikan anda mementingkan kualiti tidur daripada kuantiti tidur.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA​​

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *