5 SURAH YANG PERLU DIBACA SEBELUM TIDUR

Sebelum kita tidur jom kita amalkan 5 surah yang dapat melindungi kita hingga esok pagi. InsyaAllah. Simpan telefon anda jauh dari tempat tidur anda. Ok.

5 Ayat Al-Quran yang perlu dibaca sebelum tidur:

  1. Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq & An-Naas

Aisyah r.a. berkata:

“Nabi Muhammad s.a.w ketika berada di tempat tidur pada setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Naas. Kemudian beliau mengusap kedua tapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau bermula dari kepala, wajah dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan sebanyak tiga kali.”

  1. Ayat kursi

Allah SWT sentiasa merahmati bagi sesiapa yang memelihara dan menjaganya sehingga subuh.

  1. Dua Ayat Terakhir Daripada Surah Al-Baqarah

Berdasarkan sabda Rasulullah, “Barangsiapa membaca dua ayat tersebut pada malam hari, maka dua ayat tersebut telah mencukupkannya.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

  1. Surah Al-Kafirun

Berdasarkan sebuah hadis yang mengisahkan Rasulullah s.a.w mengajar sahabat Naufal untuk membaca surah Al-Kafirun sebelum tidur. – Hadis Riwayat Abu Dawud, Ahmad dan At Tirmidzi.

  1. Surah Al-Mulk dan As-Sajadah

Hal ini berdasarkan sahabat Jabir bin Abdillah, beliau berkata, “Tidaklah Rasulullah s.a.w tidur sampai baginda membaca alif lam mim tanzilus sajdah (surah As-Sajadah) dan tabarokalladzi biyadihil mulk (surah Al-Mulk).” – Hadis Riwayat Bukhari

Tak rugi kalau kita amalkannya. Setiap apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW mesti ada manfaatnya. Jadikannya sebagai satu amalan kepada kita semua. Selamat Beramal.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *