Bayi banyak menghabiskan waktu dengan tidur dan jaga apabila mereka lapar atau lampin mereka tidak selesa. Bayi memerlukan suasana yang selesa dan menyenangkan untuk tidur. Oleh itu, kesesuaian bantal amat penting kepada bayi untuk mengelak dari gangguan tidur. 
Mengapa pemilihan bantal yang betul sangat penting kepada bayi?
Pemilihan bantal kepada bayi sangat penting kerana ia sangat berkait rapat dengan tumbesaran dan kesihatan bayi. Jadi, tempat tidur bayi harus selesa dan tenang.
Selain itu, pemilihan bantal yang betul harus diambil berat tentang permasalahan tulang belakang.
Saiz, bentuk, dan jenis bantal yang tidak sesuai boleh menyebabkan sakit tulang belakang.
Kedudukan atau posisi tidur harus betul. Jika bantal yang digunakan terlalu tinggi ia akan mempengaruhi saluran darah dan menyebabkan pembentukan tulang belakang menjadi tidak kuat.
Kedudukan tidur bayi harus mendatar untuk memastikan tulang belakang mereka lurus.
Apakah jenis bantal yang sesuai dengan bayi?
Ada segelintir ibu yang berpendapat menggunakan bantal yang keras membantu tumbesaran mereka. Walaubagaimanapun, bantal yang keras hanya menyebabkan bayi anda tidak selesa. Tengkorak bayi masih lembut, jadi jangan biarkan bayi anda tidur dengan bantal yang keras.
Bayi yang berumur kurang dari 6 bulan pula tidak digalakkan memakai bantal yang terlalu lembut. Ini kerana risiko sesak nafas atau lemas. Disebabkan itu, bantal yang terlalu lembut tidak memberi sokongan kepada leher serta peredaran darah yang kurang cantik boleh menganggu sistem pernafasan bayi.
Saiz bantal
Panjang dan lebar bantal haruslah mengikut saiz bahu bayi. Berikut merupakan saiz bantal mengikut umur bayi:
- 3-4 bulan, tinggi bantal ialah 1-2cm
- 6 bulan, tinggi bantal ialah 3-4cm
- 3 tahun ke atas, ketinggian bantal yang dicadangkan ialah 6-9cm
Info tambahan, bantal yang boleh dilaraskan adalah sangat sesuai sebagai pilihan buat bayi anda.
Bahan bantal
Isian bantal seperti kapas dan bulu tidak digalakkan kerana akan menyebabkan alahan. Bantal seperti ini kurang kelembapan, mudah kotor dan tiada pengudaraan yang baik. Bayi yang baru lahir memerlukan bantal yang mempunyai hypoallergenic, kebolehtelapan udara, diperbuat dari bahan semula jadi, rendah dan luas.
Bantal yang mempunyai ciri hypoallergenic iaitu campuran poliester dan microfibre yang mampu menghilangkan debu habuk, mikrob, dan alergik.
Bantal yang mudah dicuci
Bayi yang baru lahir tidak tahu cara untuk bersihkan diri. Mereka hanya tahu berpeluh, muak susu dan keluarkan air liur sehingga meleleh ke bantal. Oleh itu, ibu-ibu perlu menjaga kebersihan bantal dengan mencuci bantal bayi anda.
Ibu-ibu yang berkerjaya atau surirumah tidak mempunyai banyak masa. Penggunaan bantal yang boleh dibasuh memberi manfaat dan memudahkan kerja harian mereka. Jadi bantal yang boleh dibasuh merupakan pilihan yang tepat dan sesuai kepada bayi anda.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ibubapa diluar sana. Pastikan si manja tidur dengan lena dengan selamat. 

