JANGAN LAKUKAN 5 PERKARA INI KEPADA BAYI ANDA SEBELUM TIDUR

Keletah anak-anak memberi kegembiraan kepada ibu bapa. Gelak ketawa mereka membuatkan hati kita rasa seronok dan tenang. Rasa seronok bermain dengan anak-anak membuatkan kita lupa masa untuk anak masuk tidur.

Namun, sebagai ibu bapa adakah anda tahu terlalu banyak bergurau adalah salah satu perkara yang perlu kita elakkan sebelum tidur. Jom kita ikuti perkongsian dari Dr. Taufiq Razif tentang 5 perkara yang ibu bapa perlu elak untuk melakukannya.

  1. Banyak geletek dan bergurau

👉 Untuk memudahkan bayi anda tidur, anda perlu memastikan bilik tidur tidak bising dan tenang. Jangan terlampau seronok sangat atau bergurau kerana ia akan meningkatkan sympathetic nervous system. Malah, ia akan menyebabkan bayi anda susah nak tidur.

  1. Lupa untuk sendawakan bayi

👉 Menurut American Academy of Paediatrics (AAP), sebagai ibu bapa anda harus beri perhatian kepada bayi anda selepas menyusu. Selepas menyusu, anda harus sendawakan bayi anda untuk mengelak bayi itu meragam disebabkan udara yang memasuki ke dalam perutnya.

  1. Waktu tidur bayi yang tidak konsisten

👉 Bayi yang 12 minggu kelahirannya memerlukan tidur yang cukup. Waktu tidur bayi perlu konsisten seperti yang disebut ‘Circadian rhythm’. ‘Circadian rhythm’ atau nama lain disebut biological clock ialah sistem dalam otak yang mengawal jaga dan tidur kita. Jadi, jika bayi anda tidur pukul 10 malam hari ini, esok pun perlu tidur pada waktu yang sama.

  1. Bergaduh di depan anak

👉 Elakkan bergaduh di depan anak anda kerana mereka boleh mengetahui dari segi sentuhan dan emosi kita. Oleh itu, jangan biarkan tidur anak anda diganggu dengan pergaduhan anda dan pasangan.

  1. Jangan biarkan bayi anda di depan tv

👉 Jangan biarkan bayi anda berada di depan tv kerana ia akan menyebabkan tidur bayi anda terganggu dan hormon melatonin terganggu.

Jadi, ibu bapa perlu pastikan 5 perkara ini tidak dilakukan kepada bayi anda sebelum tidur. Biarkan bayi anda mendapat tidur yang lena dan berkualiti. Pastikan tempat tidurnya juga bersih dan selamat.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *