Bangun awal pagi setiap hari selepas subuh membuka pintu rezeki kepada semua orang. Rezeki itu datang dengan pelbagai cara kepada seseorang. Jadi, elakkan tidur selepas subuh.
Tetapi, pada zaman sekarang ada yang bangun lambat dan terlepas waktu solat subuh. Ini sangat mengecewakan kerana sering tidur lewat malam disebabkan beban kerja yang masih banyak menyebabkan seseorang itu bangun lambat.
Disebabkan itu, terdapat beberapa cara atau tips yang perlu anda lakukan untuk bangun awal pagi, iaitu:
- Elakkan minum kopi
- Bagi mereka yang suka minum kopi, elakkan minum kopi selepas pukul 2 petang kerana kandungan kafein akan mengganggu tidur anda. Jadi, seeloknya minum kopi pada waktu pagi.
- Kunci jam untuk tidur
- Bangun awal pagi memang agak sukar tetapi lama-kelamaan apabila anda dan biasa bangun awal pagi pasti ia menjadi mudah. Jadi, pastikan anda set alarm tidur setengah jam sebelum tidur, menandakan sampai masa untuk masuk tidur. Kalau nak bangun awal, kenalah tidur awal.
- Amalkan rutin sebelum tidur
- Pastinya rutin sebelum tidur adalah gosok gigi, pakai baju tidur, mandi dan membaca doa tidur sebelum tidur. Apabila rutin ini diamalkan sebelum tidur ia akan membantu otak anda mengenal pasti masa untuk tidur. Jangan lupa untuk membaca surah Al-mulk serta niat untuk bangun awal pagi.
- Mandi sebelum tidur
- Mandi sebelum tidur dapat memberi kesegaran kepada badan anda. Ianya memudahkan anda mendapat tidur yang lena.
- Tutup alat peranti
- Jangan biarkan alat elektronik mengganggu tidur anda. Tutup semua alat elektronik seperti telefon, komputer dan lain-lain setengah jam sebelum tidur.
- Sentiasa konsisten
- Pastikan kesemua rutin yang dikongsikan kepada anda diamalkan setiap hari walaupun hari minggu. Biarkan tabiat tersebut menjadi kebiasaan serta memudahkan anda.
Nak dimurahkan rezeki, bangun awal dan jangan tidur selepas subuh. Jangan tinggalkan solat dhuha juga. Selamat beramal.

