fbpx

KEKURANGAN TIDUR BOLEH MENYEBABKAN MASALAH EYEBAG

“Eyebag” atau lingkaran gelap bawah mata menjadi masalah kepada mereka yang mengalaminya. “Eyebag” boleh membuatkan seseorang itu kurang keyakinan, kusam dan tidak bermaya apabila berhadapan dengan orang lain walaupun telah di makeup menggunakan foundation.

Jadi, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan perkara ini terjadi. Mari kita ketahuinya dengan lanjut.

  1. Keturunan

➡️ Masalah eyebag boleh terjadi apabila ianya disebabkan faktor keturunan. Ianya pasti susah untuk dihilangkan tetapi dengan usaha anda, peluang untuk hilang pasti ada.

  1. Kurang Air

➡️ Kekurangan air dalam badan dapat menyebabkan kita dehidrasi. Jadi, pastikan anda minum air secukupnya kerana ia akan mengelak dari masalah eyebag.

  1. Tidur

➡️ Tidur yang tidak cukup adalah faktor utama masalah eyebag. Malah, masalah terlebih tidur juga boleh menyebabkan eyebag. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang berkualiti untuk memastikan waktu tidur anda betul.

4. Aktiviti harian

➡️ Apabila anda bekerja berhadapan dengan komputer, anda memerlukan masa untuk berehat sebentar. Ini kerana ia dapat memberi rehat kepada mata anda daripada tekanan pada mata.

TERDAPAT BEBERAPA CARA UNTUK MENGATASI MASALAH EYEBAG.

  1. Timun

➡️ Hiris timun dan sejukkannya. Kemudian letakkan di mata kerana ia dapat mengurangkan rasa kepenatan di mata anda. Biar selama 15-20 minit.

  1. Uncang Teh

➡️ Lepas anda membuat teh, jangan buang uncang itu kerana uncang tersebut boleh mengurangkan masalah eyebag. Simpan di dalam peti, biar dia lembap. Sebelum tidur, anda boleh letakkan di mata.

  1. Susu

➡️ Susu boleh melegakan masalah eyebag anda. Gunakan susu full cream. Ambil cotton pad, basahkan dia dengan susu dan letakkan pada mata anda sehingga kering.

Itulah dia beberapa faktor dan cara untuk mengatasi masalah eyebag yang sering berlaku kepada kita semua terutama sekali kepada wanita. Jadi, jaga kecantikan anda sebaik mungkin.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Jom Kenali Flenaz Synergy