Kesukaran tidur malam akan membuatkan anda rasa letih dan stress. Inilah yang sering berlaku kepada mereka yang mengalami masalah Insomnia. Masalah ini juga boleh mengganggu rutin pekerjaan yang perlu anda lakukan. Untuk itu, mari kita ketahui tentang khasiat semula jadi yang membantu tidur malam kita.
- Kulit Kayu Manis
- Kulit kayu manis mempunyai nutrisi yang mampu menurunkan kadar gula dalam darah. Sekiranya anda mengalami masalah tidur, masukkan kulit kayu manis ini ke dalam makanan anda.
- Halia
- Selain ianya sangat bagus untuk membuang angin, halia juga membantu sistem saraf dan sistem pencernaan. Halia juga membantu menenangkan anda apabila dipengaruhi oleh hormon serotonin.
- Limau Nipis
- Limau nipis mempunyai khasiat vitamin C yang tinggi. Limau nipis juga dapat membantu mengurangkan stress dan rasa gelisah. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah seperti ini, sebaiknya minum air limau nipis suam sebelum tidur.
- Teh Hijau
- Teh hijau membantu mereka yang mengalami masalah sleep apnea. Sleep apnea adalah gangguan tidur yang mengganggu pernafasan seseorang semasa tidur. Jadi untuk mencegahnya, amalkan minum teh hijau sebelum tidur.
- Oren
- Buah oren mengandungi vitamin C yang tinggi dan mampu melindungi antioksidan dalam otak. Malah, jus oren dapat membantu untuk anda mendapat tidur malam yang lena.
Sekiranya ada diantara anda mengalami masalah tidur, anda boleh mencuba bahan semulajadi seperti diatas. Tak rugi kalo anda mencubanya kerana ia memberi banyak manfaat kepada anda.

