TIDUR ADALAH NIKMAT YANG PERLU KITA SYUKURI

Terlalu banyak perkara yang kita hadapi dan harungi. Setiapnya ada nikmat yang tersembunyi. Jadi kita sebagai hambanya harus mensyukuri setiap nikmat yang telah diberikan oleh Pencipta. Walau sebesar atau sekecil perkara tersebut seperti berjalan, bernafas dan dapat berjumpa dengan orang yang kita sayangi, ia adalah sesuatu perkara yang perlu kita syukuri.

Menurut dari laman Reader’s Digest , Selasa (24/11/2015), terdapat 5 perkara yang perlu kita bersyukur iaitu:

  1. Tidur

  • Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Grant MacEwan di Alberta, Kanada, pelajar yang akan menghadapi peperiksaan akan merasa gelisah sebelum mereka mendudukinya. Jadi, sebelum tidur mereka akan memikirkan tentang nikmat yang telah mereka peroleh dan bersyukur segala perkara bagi memudahkan mereka tidur dengan lena.
  1. Lebih pendapatan

  • Menurut satu kajian dari Universiti Harvard, usahawan-usahawan harus memiliki sifat bersyukur atas segala nikmat yang mereka perolehi berbanding mereka yang tidak mensyukurinya.
  1. Kurangkan tekanan

  • Sentiasa berfikiran positif kerana ia akan mengurangkan rasa tekanan di dalam diri anda. Jadi, pastikan anda sentiasa berfikir tentang perkara yang baik-baik.
  1. Mempunyai ramai kawan

  • Sentiasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan kerana mereka sentiasa memberi dorongan dan kasih sayang kepada kita.
  1. Melegakan sakit-sakit

  • Menurut Penyelidik dari Universiti California, Robert Emmons, mensyukuri atas segala nikmat yang kita perolehi adalah sesuatu perkara yang dapat mengurangkan kesakitan yang kita alami seperti sakit kepala.

Jadi, bersyukurlah setiap rezeki yang telah diberikan kepada kita. Jangan kita lupa atas kenikmatan yang telah diberi olehnya.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *