fbpx

RAHSIA TIDUR NYENYAK

💡 Antara rahsia untuk tidur nyenyak adalah dengan mengamalkan diet yang sihat dan melakukan aktiviti seperti bersenam. Menurut Pengarah klinikal Forum Obesiti Kebangsaan, Dr Matt Capehorn berkata, mengelak perut kita dari diisi dengan makanan yang tidak sihat di waktu malam membantu kita mendapat tidur malam yang lena.

💡 “Makanan terakhir sebaik-baiknya ialah 5:00 petang atau sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu tidur,” kata Matt.

💡 Jadi sebaiknya dipercepatkan waktu makan malam kerana ia dapat mengelak anda dari serangan sakit pedih ulu hati dan refluks. Di samping itu, ia juga dapat mengelak dari ketidakselesaan yang boleh menyebabkan tidur anda terganggu.

💡 Menurut Matt, “Gula mesti ditukar kepada tenaga dengan segera, supaya ia membuatkan anda terjaga, atau disimpan sebagai lemak berlebihan. Elakkan makanan berlemak, kerana ia sukar dihadam sehingga membuatkan anda terjaga“.

💡 Jadi, kepada mereka yang kerap membuang air kecil di waktu malam, anda perlu menghadkan minum air 90 minit sebelum masuk tidur. Ia adalah untuk mengelak tidur anda dari diganggu. “Atau anda boleh minum segelas susu krim penuh lemak sebelum tidur untuk mengisi perut anda tanpa mengisinya dengan makanan,” Matt menekankannya.

💡 Jadi, elakkan perkara yang boleh mengganggu tidur anda. Pastikan anda sentiasa mengamalkan cara tidur yang berkualiti.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Berminat jana income 5 angka dengan FAMILY LEYNA

Jom Kenali Flenaz Synergy