Ibu hamil sering menghadapi masalah kesukaran tidur sehingga menyebabkan mereka tidur tak lena. Apabila mereka kurang tidur, ia akan memberi kesan seperti sakit kepala, mood swing dan peningkatan hormon.
Berdasarkan laman Boldsky, Khamis (24/3/2016), ibu hamil perlu mendapat tidur yang cukup bagi memastikan bayi dan ibu dalam keadaan sihat dan tidak tertekan. Oleh itu, kualiti dan kuantiti tidur amat penting untuk kesihatan mereka.
Untuk itu, terdapat beberapa cara untuk ibu hamil mendapat tidur yang lena, iaitu:
- Elakkan tidur siang terlalu lama
> Bagi memastikan ibu hamil mendapat tidur yang nyenyak di waktu malam, anda perlu memastikan anda tidak tidur terlalu lama di siang hari. Dapatkan tidur sekejap jika anda terlalu letih.
- Tidur dengan bantal yang empuk
> Posisi tidur semasa hamil agak sukar untuk kita dapatkan keselesaannya. Lebih-lebih lagi dihujung trimester. Jadi, bantal adalah salah satu cara untuk selesaikan masalah anda. Gunakan bantal yang empuk untuk memudahkan anda tidur.
- Bau lavender
> Pasangkan aromaterapi dengan bauan lavender di bilik tidur kerana ia membantu anda mendapat tidur yang lena.
- Buat jadual berulang
> Catatkan waktu tidur, agar anda mendapat waktu tidur yang sama. Secara tidak langsung, anda akan terbiasa dengan waktu tidur yang anda lakukan.
- Elak penggunaan gadjet
> Ibu hamil memerlukan rehat yang cukup. Jadi, kepada ibu hamil anda disarankan agar tidak melihat telefon pintar atau lain-lain elektronik sebelum tidur. Ia bagi memastikan ibu dan anak dalam kandungan mendapat rehat yang cukup dan terhindar dari cahaya.
Oleh itu, pastikan anda mengutamakan kesihatan diri dan anak di dalam kandungan. Tidur yang cukup akan membekalkan tenaga kepada diri anda.

