📌 Tidur sangat penting bagi tumbesaran anak-anak. Apabila mereka meningkat dewasa, anak-anak lebih suka bermain berbanding tidur. Sedangkan keesokan harinya mereka perlu ke sekolah.
📌 Menurut Pakar Neurologi di SickKids Toronto menyatakan bahawa masalah kekurangan tidur akan menjejaskan masalah kesihatan kanak-kanak yang menghadapi masalah hiperaktif, ingatan dan pembelajaran. Malah perubahan hormon juga akan berlaku dengan peningkatan risiko kegemukan, diabetes jenis 2 dan hipertensi.
📌 Ibu bapa yang baru melalui rutin harian anak yang baru memasuki sekolah perlu ketahui cara untuk menguruskan jadual tidur anak antara bermain dan tidur.
📌 Berdasarkan oleh laman Berita CBC, Jumat (9/9/2016), kanak-kanak yang berumur 5-13 tahun perlu tidur selama 9-11 jam manakala golongan remaja sekurang-kurangnya 8-10 jam sehari.
📌 Apabila anak-anak meningkat remaja, jadual tidur mereka mula berubah terutama sekali apabila waktu hujung minggu. Pakar juga menasihati ibu bapa agar menghalang penggunaan telefon pintar kepada anak-anak sebelum tidur. Jadi bagaimanakah cara bagi memastikan jadual tidur mereka sentiasa konsisten?
Cara mengatur jadual tidur anak
- Waktu tidur harus sesuai mengikut usia anak-anak serta diamalkan pada setiap hujung minggu.
- Penggunaan gadjet perlu dikawal semasa waktu malam. Jangan biarkan anak bermain gadjet sebelum tidur. Pastikan satu jam sebelum tidur mereka berada didalam bilik tidur.
- Luangkan masa dengan membaca buku dan mandi sebelum tidur. Ia akan menyegarkan badan anda dan tidur akan menjadi lena.
- Pastikan ruang bilik tidur dalam keadaan tenang dan senyap.Â
- Elakkan minum minuman manis, soda dan kafein kerana ia akan menyebabkan anda cergas dan berjaga malam.
Jadi, pastikan anak anda mendapat tidur yang cukup dan sentiasa mengamalkan rutin tidur yang sama agar ianya dapat diterapkan dalam diri anak anda.

