Apabila seseorang itu tidur, ia akan mengekalkan tahap kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi. Tidur juga dapat meningkatkan pertumbuhan sel-sel baru kulit anda.
Seseorang yang mengalami masalah kesukaran tidur atau tidak cukup tidur akan menyebabkan badan dan kulit anda kelihatan tidak bermaya dan kusam.
Menurut Pengurus pemasaran Livpure Ankit Gaur, masalah tidur seperti kurang tidur dan tidak cukup tidur akan menyebabkan badan anda mengalami dehidrasi serta boleh menimbulkan masalah kulit berjerawat dan berkedut.
Jadi, terdapat beberapa cara untuk mendapat tidur malam nyenyak yang dikongsikan oleh Gaur yang dipetik dari halaman The Indian Express, Selasa (26/10/2021), iaitu:
- Tilam yang berkualiti
- Elakkan menggunakan tilam yang boleh menyebabkan tidur anda terganggu. Jadi, pastikan anda memilih tilam yang berkualiti dan selesa mengikut kesesuaian anda.
- Menggunakan aromaterapi
- Anda boleh menggunakan aromaterapi lavender bagi membantu anda mendapat tidur yang lena. Dengan tidur yang lena ia memberi kebahagiaan kepada anda.
- Gunakan topeng mata
- Salah satu cara untuk mendapat tidur yang nyenyak adalah dengan menggunakan topeng mata semasa tidur. Topeng mata membantu menghalang dari cahaya luar serta dapat merehatkan mata anda. Pilih topeng mata berkain sutera kerana ianya sangat selesa dan tidak menyakitkan mata anda.
- Berlatih bernafas
- Kita percaya bahawa setelah seharian penat melakukan aktiviti, anda akan mendapat tidur malam yang nyenyak. Namun, ada dikalangan kita yang menghadapi masalah tidur disebabkan tekanan atau banyak berfikir. Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh melakukan teknik pernafasan 4-7-8 yang boleh melancarkan degupan jantung secara normal dan mengurangkan tekanan.
- Gunakan langsir gelap
- Dan yang terakhir ialah anda boleh menggunakan langsir yang berwarna gelap bagi menghalang cahaya dari luar memasuki bilik tidur anda. Ia mampu mengawal suhu di dalam bilik tidur. Jadi mudah untuk anda mendapat tidur yang lena.
Mereka yang mengalami masalah tidur boleh mengamalkan langkah ini bagi mengatasi masalah tidur anda.

