fbpx

AWAS KALAU ANDA TIDAK DAPAT TIDUR, AMBIL TAHU SIMPTOM INI KERANA IANYA MUNGKIN BERBAHAYA

Pelbagai masalah penyakit tidur yang sering kita dengari sehingga ianya boleh menganggu waktu tidur dan membuatkan rutin harian terganggu.

Antara penyakit yang sering melibatkan tidur ialah:

✅ Sleep apnea

Mereka yang menghidap Apnea akan tidur dalam keadaan tidak bernafas dengan sempurna dan akibatnya anda tidak mendapat oksigen yang secukupnya.

✅ Insomnia

Insomnia merupakan keadaan dimana penderita tidak dapat tidur yang cukup untuk dirinya sama ada dari segi kualiti atau kuantiti.

✅ Narkolepsi

Merupakan sejenis penyakit kronik di mana pesakit boleh tidur pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat. Tidur ini tidak dapat dikawal, tidak kira berapa lama mereka telah tidur dalam satu hari.

✅ Restless Leg Syndrome

Keadaan yang menyebabkan dorongan yang sangat kuat untuk menggerakkan kaki. Keinginan untuk bergerak biasanya disebabkan oleh rasa tidak selesa di kaki. Ia biasanya berlaku pada waktu petang atau pada waktu malam apabila duduk atau berbaring.

✅ Sleepwalking

Gangguan tidur yang terjadi semasa berada dalam keadaan tahap tidur nyenyak. Seseorang akan mula tidur berjalan, duduk, berjalan-jalan dan melakukan aktiviti-aktiviti biasa dalam keadaan tidur.

✅ REM Sleep behaviour Disorder ( RBD)

Kelainan tidur yang sangat berbahaya bagi mereka yang tiada pertimbangan. Mereka akan mula melaukan perkara yang mereka alami dalam mimpi di dunia nyata. Mereka kebiasaanya akan memukul atau melakukan hal-hal lain tanpa disedari.

Antara cara untuk mengubati adalah dengan;

1. Mengelakkan stress

2. Wujudkan suasana tidur yang selesa – susun atur, warna dinding dan pemilihan bantal yang sesuai sangat penting

3. Minum susu suam atau teh chamomile sebelum tidur

4. Amalkan gaya hidup sihat

5. Elakkan merokok, minuman mempunyai kafein, minuman keras sebelum tidur

6. Makan makanan mudah dicerna

7. Pastikan berjumpa doktor untuk mengelakkan pengambilan pil tidur untuk jangka panjang.

Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan sentiasa memantau waktu tidur agar ianya sentiasa konsisten dan tiada gangguan ketika tidur. Sekiranya penyakit tidur yang anda alami semakin berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Bantal Leyna untuk mereka yang nak tidur lena. Berminat untuk merasai kegebuan dan kemewahan Bantal Leyna

Jom Kenali Flenaz Synergy